Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497390
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Shaiful Bahri bin Md. Radzi, Dr. | - |
dc.contributor.author | Maskiah Masrom (P39178) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:02:32Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:02:32Z | - |
dc.date.issued | 2013-11-09 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:71646 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497390 | - |
dc.description | Kajian ini membicarakan pembangunan akhlak kanak-kanak menerusi kisah-kisah binatang yang terdapat dalam Al-Qur’an. Dalam kisah-kisah ini, binatang adalah mukjizat para Nabi ketika menyebarkan ajaran agama Allah kepada pengikut masing-masing. Kisah-kisah daripada Al-Qur’an ini diadaptasi untuk dijadikan buku cerita kanak-kanak dan amat sesuai digunakan dalam pembentukan akhlak kanak-kanak. Melalui pembacaan, kanak-kanak akan dapat memahami tentang amalan akhlak terpuji (mahmudah) dan juga akhlak tercela (mazmumah) yang terpancar menerusi watak binatang dan manusia dalam cerita tersebut. Data kajian ini merupakan buku cerita adaptasi kisah binatang dalam Al-Qur’an yang dikhususkan kepada binatang buas dan ternakan termasuk peliharaan. Karya yang dipilih terdiri daripada 18 buah buku terbitan tempatan yang meliputi 89 buah kisah hasil tulisan sembilan orang penulis. Kajian ini menggunakan Model Pembangunan Akhlak Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin yang menitikberatkan tentang roh insan yang dipengaruhi oleh akal, hati dan nafsu dalam pembentukan akhlak. Dapatan kajian memperlihatkan bahawa kisah-kisah binatang ini menjadi sebahagian daripada warisan sastera Melayu menerusi penyebaran agama Islam ke Nusantara terutama menerusi Qisas al-Anbiya. Kehadiran cerita-cerita ini memperkukuhkan genre cerita binatang Melayu yang telah berakar umbi dalam tradisi lisan selain menepati fungsi motif binatang sebagai wadah didikan khususnya terhadap kanak-kanak dalam mengimaginasikan realiti. Dalam konteks semasa, buku cerita adaptasi ini telah menyuburkan industri perbukuan negara memandangkan nilai komersialnya yang tinggi serta mendapat sambutan baik dalam kalangan ibu bapa yang mahukan bahan bacaan tambahan untuk anak-anak mereka daripada perspektif Islam. Menerusi pembacaan, pembentukan akhlak terpuji seperti penyabar, penyayang, menepati janji, redha, bersyukur dan pemurah akan terbina melalui pencerapan ke atas kisah-kisah binatang ini dalam kalangan kanak-kanak pada peringkat usia muda dan seterusnya dapat mengagungkan Allah SWT serta kebesaranNya. Sebaliknya, kanak-kanak juga turut mengetahui tentang balasan azab yang dahsyat daripada Allah SWT terhadap mereka yang ingkar segala perintahNya dan seterusnya membolehkan mereka memahami perlunya menjauhi diri daripada segala amalan akhlak yang buruk. Seperkara lagi, kanak-kanak dapat memahami bahawa cerita-cerita binatang adaptasi daripada Al-Qur’an ini adalah kisah benar yang berlaku pada zaman nabi-nabi yang dapat memberi kesan mendalam terhadap jiwa mereka yang mendengar dan membacanya.,PhD | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Model Pembangunan Akhlak Al-Ghazali | - |
dc.subject | Cerita Adaptasi Binatang Dalam Al-Quran | - |
dc.subject | Moral development | - |
dc.title | Pembangunan Akhlak : Satu Analisis Berdasarkan Model Pembangunan Akhlak Al-Ghazali Terhadap Genre Cerita Adaptasi Binatang Dalam Al-Quran | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 332 | - |
dc.identifier.callno | BF723.M54 .M347 2013 | - |
dc.identifier.barcode | 000675 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_71646+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 8.7 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.