Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497389
Title: Melayu Dan Intelektual: Kajian Simbol Dalam Sajak Muhammad Haji Salleh
Authors: Phat Awang Deng (P39176)
Supervisor: Misran Rokimin, Profesor Madya Dr.
Keywords: Melayu Dan Intelektual
Simbol Dalam Sajak
Intellectuals-Malaysia
Issue Date: 23-Sep-2013
Description: Kajian ini menganalisis sajak-sajak oleh Muhammad Haji Salleh yang dipilih daripada empat kumpulan sajak yang mewakili dekad-dekad tahun 70-an, 80-an, 90-an dan tahun-tahun 2000. Sepanjang 40 tahun berkarya, didapati bahawa Muhammad Haji Salleh menyampaikan idea, gagasan atau pemikiran berkaitan Melayu dan keintelektualan dalam sajak melalui simbol-simbol tertentu. Oleh itu, kajian dilakukan untuk meneliti pemikiran tersebut dengan menggunakan pendekatan simbolisme. Aspek simbol ini pula sering dikaitkan dengan teori semiotik yang asasnya bermula di Barat, tetapi ini tidaklah bermakna bahawa masyarakat Melayu tidak membincangkan aspek ini dalam karya tradisional mereka. Bagi menganalisis simbol dalam sajak-sajak pilihan, pengkelasan simbol oleh Harun Mat Piah (1981) digunakan sebagai landasan kajian dengan memilih simbol objek konkrit, simbol peribahasa, simbol mitos dan legenda. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif bagi mendapatkan data yang sesuai, iaitu melalui pembacaan rapi untuk menganalisis isi sajak yang dipilih. Ini kerana sajak penyair ini telah mempunyai makna pertama yang sudah jelas, namun penelitian secara terperinci menemui makna kedua yang lebih penting. Hasil kajian mendapati sajak-sajak Muhammad Haji Salleh menyerlahkan nilai Melayu dan keintelektualan melalui simbol-simbol yang digunakan misalnya objek konkrit flora fauna seperti hutan, pokok, bunga-bungaan dan haiwan digunakan sebagai simbol kepada gagasan atau pemikiran. Simbol hutan pula merujuk halangan atau bentuk kepayahan hidup yang dialami oleh golongan bawahan. Manakala bunga digunakan sebagai simbol kebaikan atau keburukan yang bergantung kepada jenis, sifat atau keadaan bunga tersebut sama ada cantik, wangi atau tidak berbau. Selain itu, penggunaan simbol peribahasa, simbol mitos dan legenda juga membuktikan bahawa penyair ini memberikan kepentingan kepada genre tradisional sebagai alat untuk menyampaikan idea, gagasan atau pemikiran.,PhD
Pages: 361
Call Number: PL5123.4 .P484 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71640+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.