Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497386
Title: Isu Penyusutan Pemilikan Tanah Pegangan Melayu: Kajian Kes Di Daerah Larut, Matang Dan Selama, Negeri Perak Darul Ridzuan
Authors: Mohd Hasrol Haffiz Aliasak (P43252)
Supervisor: Hamzah Bin Jusoh, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pemilikan Tanah Pegangan Melayu
Isu Penyusutan Pemilikan Tanah Pegangan Melayu
Kemerosotan Pemilikan Tanah Melayu
Public lands-Perak-Case studies
Issue Date: 9-Sep-2013
Description: Tanah merupakan aset terpenting dalam pembangunan negara dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuklah nilai-nilai kelangsungan hidup sesuatu bangsa di sesebuah negara. Di Malaysia, tanah pemilikan Melayu menjadi subjek perbincangan sejak kebelakangan ini terutama isu kemerosotan pemilikan tanah. Persoalannya, adakah kaum Melayu tidak lagi melihat tanah sebagai aset utama dalam meneruskan kelangsungan hidup, sebaliknya lebih mengutamakan keuntungan ekonomi? Kajian-kajian lampau memperlihatkan perbincangan lebih difokuskan ke atas kesan-kesan politik, ekonomi dan sosial dan kurang ke atas nilai moral tanah. Berdasarkan konsep nilai kapitalistik dan nilai patriotik yang diadapatasi dari Teori Gelagat Manusia dan Teori Nilai Moral dan Etika, tesis ini bertujuan untuk menganalisis pola dan persepsi masyarakat Melayu terhadap "nilai" tanah di Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak. Nilai kapitalistik melihat tanah sebagai komoditi yang boleh diurusniagakan di mana harganya ditentukan oleh pasaran, sementara nilai patriotik melihat tanah sebagai lambang penguasaan sesuatu kaum ke atas sesebuah kawasan dalam meneruskan kelangsungan hidup mereka. Kajian ini menggunakan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif bagi menganalisis persepsi sebenar kaum Melayu ke atas tanah bagi memastikan kelangsungan hidup mereka. Kajian ini menganalisis rekod-rekod transaksi tanah di kawasan tersebut, dan didapati sebanyak 217.16 hektar tanah milikan Melayu telah dilupuskan kepada bukan Melayu dari tahun 2000 – 2008. Sebaliknya, hanya 12.35 hektar tanah sahaja yang dilupuskan oleh bukan Melayu kepada Melayu. Kaum Melayu telah mengalami penyusutan tanah sebanyak 204.79 hektar. Manakala kajian terhadap persepsi dalam kalangan pemilik Melayu dengan menggunakan borang soal selidik mendapati lebih 70% daripada responden mempunyai ciri-ciri kapitalistik berbanding kurang 30% yang bercirikan patriotik. Malah, kesan daripada polisi pembangunan tanah, fleksibiliti pemilikan tanah dan peningkatan nilai pasaran tanah telah menggalakkan lagi fenomenon kapitalistik ini yang meningkatkan lagi kadar penyusutan pemilikan tanah dalam kalangan masyarakat Melayu. Nilai tanah yang semakin meningkat mendorong pemilik-pemilik Melayu melupuskan tanah bagi memperoleh pulangan ekonomi segera. Sekiranya senario ini berterusan, masyarakat Melayu akan terus kehilangan pemilikan tanah pada masa depan dan menjadi "penumpang" di bumi sendiri suatu hari nanti.,PhD
Pages: 294
Call Number: HD890.6.Z9 .M846 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71634+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
6.95 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.