Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497385
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSharifah Mastura Syed Abdullah, Prof. Dr.
dc.contributor.authorZaini Sakawi (P48494)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:02:24Z-
dc.date.available2023-10-13T08:02:24Z-
dc.date.issued2013-10-01
dc.identifier.otherukmvital:71629
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497385-
dc.descriptionKajian ini bertujuan membincangkan tentang isu pencemaran bau dari tapak pelupusan sampah dengan penekanan kepada analisis yang berdasarkan pengukuran faktor-faktor fizikal dan kajian persepsi. Ojektif kajian secara spesifik ialah menganalisis kepekatan gas-gas dan bau dari tapak pelupusan dan juga penelitian ke atas faktor-faktor lain (jarak dari sumber, faktor meterologi) yang mempengaruhi pencemaran bau. Ojektif kedua ialah menjelaskan impak pencemaran bau ke atas persekitaran fizikal dan manusia dan seterusnya menghasilkan cadangan bagi pengurusan pencemaran bau di Malaysia. Dua tapak pelupusan telah dipilih sebagai tapak kajian, iaitu tapak pelupusan Ampar Tenang di Dengkil, Selangor dan tapak pelupusan Pajam di Nilai, Negeri Sembilan, manakala kawasan kajian pula meliputi sekitar lingkungan 5 km dari tapak pelupusan. Kepekatan bau diukur dengan alat Odour Concentration Meter Model XP-329 (III), manakala kepekatan gas nitrogen dioksida (NO2), Ammonia (NH3), Metana (CH4) dan hidrogen sulfida (H2S) diukur menggunakan alat Multi gases analyser dan Toxic gases monitor model TG501. Titik persampelan adalah berdasarkan jarak dari tapak pelupusan berhampiran kawasan penerima sensitif. Data direkod mengikut waktu pagi, petang dan malam pada hari biasa dan selepas hujan. Data kualitatif bagi kajian persepsi diperolehi dengan kaedah soal selidik purposif ke atas 215 orang responden sebagai penerima sensitif yang tinggal di sekitar kawasan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepekatan bau berbeza mengikut jarak dari sumber utama, sempadan tapak pelupusan, lingkungan 2 km dan 2-5 km di kawasan kajian. Selain pengaruh tapak pelupusan, terdapat faktor lain yang mempengaruhi pencemaran bau, khususnya berpunca dari kilang kelapa sawit dan ladang ternakan ayam. Data kepekatan bagi empat jenis gas utama penyumbang bau busuk yang dikesan di semua stesen, iaitu NO2, NH3, CH4 dan H2S telah dianalisis. Kajian juga mendapati ada perbezaan signifikan bagi kepekatan bau dan gas-gas di antara waktu pagi, petang dan malam pada hari biasa dan selepas hujan. Hasil kajian persepsi pula mendapati pengaruh bau adalah berbeza-beza mengikut jarak dari punca. Sejumlah 80% responden yang tinggal antara 2-5 km dari tapak pelupusan dan 92.1% responden di lingkungan jarak 2 km berpendapat bahawa pencemaran bau berpunca dari tapak pelupusan. Dari segi intensiti bau, 98.9% responden menyatakan wujud pencemaran bau; 74.2% berpendapat bau busuk amat kuat, 16.3% berpendapat bau busuk sederhana, manakala 8.4% berpendapat bau tidak ketara. Impak bau utama yang dikenalpasti ialah menjejaskan ketenangan (83.7%), kesihatan (80.5%), guna tanah (62.2%) dan menyebabkan penduduk berpindah (60%). Penemuan kajian ini juga mendapati jarak kritikal bagi petempatan adalah dalam lingkungan 5 km dari sumber pencemaran bau, yang bukan sahaja berpunca dari tapak pelupusan, malahan juga dari sumber lain seperti ladang ternakan, pusat rawatan air dan kilang kelapa sawit yang berhampiran. Pada keseluruhannya, dapatan kajian ini memberikan sumbangan penting ke atas pengurusan sisa buangan. Bagi meminimumkan penjanaan bau busuk yang berterusan, dicadangkan supaya beberapa strategi kawalan awal di tapak pelupusan, di peringkat operasi dan pasca operasi perlu dilakukan dan diwartakan bagi memastikan pihak pengurusan tapak pelupusan dan sumber bau busuk yang lain memahami, mematuhi dan melaksanakan proses kawalan dan pemuliharaan persekitaran untuk menjamin kesejahteraan awam.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectPencemaran bau
dc.subjectOdors -- Environmental aspects
dc.titlePengukuran fizikal dan persepsi penerima sensitif terhadap pencemaran bau dari tapak pelupusan
dc.typeTheses
dc.format.pages234
dc.identifier.callnoTD886.Z335 2013
dc.identifier.barcode000260
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71629+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
8.7 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.