Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488177
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Lilia Halim, Profesor Dr. | - |
dc.contributor.author | Rosnidar Mansor (P39292) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:38:58Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:38:58Z | - |
dc.date.issued | 8/15/2011 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:73877 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488177 | - |
dc.description | Pengajaran untuk menggalakkan kefahaman pelajar bagi suatu konsep adalah perkara penting dalam pendidikan sains. Pengetahuan pedagogikal isi kandungan (PPIK) yang efektif telah dibahaskan mampu menjana kefahaman konseptual pelajar. Namun, kurangnya kajian emperikal yang mengkaji perkaitan antara PPIK guru dan kefahaman konseptual pelajar. Dengan itu, kajian ini bertujuan meneroka PPIK guru bagi topik "Respirasi" dalam Biologi tingkatan empat, justifikasi guru dalam pemilihan PPIK yang sesuai untuk topik "Respirasi" dan komponen PPIK guru yang berperanan mengalakkan kefahaman konseptual pelajar bagi topik "Respirasi" dari perspektif guru dan pelajar. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Seramai lima orang guru dan 17 orang pelajar mereka telah menjadi responden dalam kajian ini. Data diperoleh daripada temubual dengan guru dan pelajar serta pemerhatian bilik darjah dan dianalisis secara kualitatif menggunakan teknik perbandingan berterusan. Dapatan kajian menunjukkan komponen PPIK guru terdiri daripada komponen pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi, pengetahuan tentang pelajar dan pengetahuan tentang konteks menyumbang kepada kefahaman konseptual pelajar dalam topik "Respirasi" secara individu dan kolektif. Komponen pengetahuan isi kandungan ditemui adalah sepertimana yang terdapat dalam huraian sukatan pelajaran biologi tingkatan empat dan guru juga mempunyai pengetahuan lain berkaitan respirasi seperti contoh dalam konteks Malaysia, sejarah dan menghargai ciptaan tuhan. Komponen pengetahuan pedagogi "Respirasi" terdiri daripada pengetahuan pedagogi umum dan pengetahuan pedagogi khusus yang saling berkaitan mempengaruhi dan bergantung antara satu sama lain. Komponen pengetahuan tentang pelajar dalam topik respirasi pula berkisar kepada pengetahuan umum guru tentang pelajar, miskonsepsi pelajar dalam topik respirasi dan kesukaran pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar dalam topik respirasi. Pengetahuan tentang konteks berkenaan persekitaran pembelajaran di sekolah dan penggunaan contoh yang terdapat dalam konteks kehidupan pelajar. Justifikasi PPIK yang sesuai adalah berdasarkan masa, ciri-ciri PPIK, keperluan pelajar, penggunaan bahasa dan infrastruktur sekolah. Kajian mendapati dua elemen lain yang menyumbang terhadap kefahaman konseptual pelajar adalah sikap dan emosi guru. Kajian menunjukkan dengan sikap dan emosi guru yang sesuai digabungkan dengan PPIK yang berkesan akan memastikan proses pembelajaran berlaku. Hasil kajian disimpulkan dalam kerangka kefahaman konseptual pelajar dan PPIK guru. Implikasi dari kajian ini adalah kepentingan keperluan emotif pelajar. Di mana, teori Shulman tentang pengetahuan professional guru tidak mengambil kira dalam menggalakkan kefahaman konseptual pelajar dalam pembelajaran sains yang berkesan. Kerangka kefahaman konseptual pelajar dan PPIK guru juga boleh digunakan sebagai panduan dalam latihan perguruan dan latihan guru dalam perkhidmatan khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran topik "Respirasi" Biologi tingkatan empat.,Ph.D | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Pengetahuan pedagogikal isi kandungan (PPIK) | - |
dc.subject | Guru | - |
dc.subject | Kefahaman konseptual | - |
dc.subject | Pelajar | - |
dc.subject | Topik respirasi | - |
dc.subject | Pedagogical content knowledge | - |
dc.title | Pengetahuan pedagogikal isi kandungan (PPIK) guru dan kefahaman konseptual pelajar dalam topik respirasi | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 377 | - |
dc.identifier.callno | LB1028.3.R675 2011 | - |
dc.identifier.barcode | 000440 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_73877+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.08 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.