Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488172
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorTamby Subahan Mohd. Meerah, Prof. Datuk Dr.
dc.contributor.authorSudirman (P53979)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:38:54Z-
dc.date.available2023-10-11T09:38:54Z-
dc.date.issued11/20/2013
dc.identifier.otherukmvital:71620
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488172-
dc.descriptionSebagai sesuatu produk daripada reformasi pendidikan di Indonesia, Kurikulum Tingkat Satuan Pendidikan (KTSP) menimbulkan pelbagai pentafsiran terutama dalam kalangan guru dalam memahami KTSP baik secara konseptual mahupun implementasinya di dalam bilik darjah. Kajian ini bertujuan untuk mendedahkan secara terperinci dan mendalam fenomena yang berlaku dalam implementasi KTSP Bahasa Indonesia (BI). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes di kedua-dua sekolah rendah darjah 5. Kajian ini melibatkan dua orang guru iaitu seorang di sekolah rendah berkesan dan seorang lagi di sekolah rendah tidak berkesan. Fokus utama kajian ini adalah menilai implementasi KTSP dalam mata pelajaran BI di sekolah rendah mengikut model penilaian Illuminative yang dikembangkan oleh Parlett dan Hamilton. Data telah dikumpul menerusi temu bual separa berstruktur, pemerhatian proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah, dokumen dan rakaman, kemudian dianalisis secara kualitatif secara berterusan. Bagi memperoleh kesahan dan kebolehpercayaan dapatan kajian, pengkaji melakukan triangulasi, persetujuan peserta kajian, tempoh pemerhatian yang lama dan penyemakan pakar. Dapatan kajian adalah isi kandungan KTSP BI belum sepenuhnya diimplementasikan sesuai dengan kehendak kurikulum. Kes ini berlaku kerana kesalahfahaman guru dalam memberi makna kompetensi dasar BI. Walau bagaimanapun, peserta kajian telah menerapkan pendekatan berfokus kepada pelajar semasa pelaksanaan P&P. Kajian ini juga mendapati sebuah model tentatif dalam P&P BI iaitu model CoMEx. Selain itu, ditemui pula enam faktor yang mempengaruhi implementasi KTSP di sekolah rendah iaitu guru, pelajar, kepimpinan, ibu bapa, persekitaran dan alat bantuan mengajar. Seterusnya, implikasi dapatan kajian iaitu memberi landasan yang kuat patutnya pihak pentadbir pendidikan menggalakkan pelatihan untuk meningkatkan kualiti kompetensi profesional guru khususnya di sekolah rendah kajian. Dalam konteks ini, dapatan kajian mungkin dapat digunakan secara menyeluruh di sekolah rendah lainnya sama ada di peringkat daerah ataupun di peringkat nasional.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectBahasa Indonesia
dc.subjectPendidikan
dc.subjectSekolah rendah
dc.subjectEducation
dc.subjectSecondary -- Indonesia
dc.titleImplementasi mata pelajaran Bahasa Indonesia dalam kurikulum tingkat satuan pendidikan di sekolah rendah: satu kajian kes
dc.typeTheses
dc.format.pages363
dc.identifier.callnoPL5070.S834 2013
dc.identifier.barcode000626
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71620+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.78 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.