Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488166
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorParilah Mohd Shah, Prof. Madya Dr
dc.contributor.authorRashidah binti Rahamat (P47718)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:38:48Z-
dc.date.available2023-10-11T09:38:48Z-
dc.date.issued8/31/2013
dc.identifier.otherukmvital:71358
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488166-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan pelajar, membangun serta menilai satu pakej pembelajaran mudah alih Komsas dalam Bahasa Inggeris Tingkatan Empat. Reka bentuk kaedah kajian pembinaan media instruksi diaplikasi melalui gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif telah membantu pengumpulan data daripada tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan, pembangunan dan penilaian. Dapatan analisis keperluan menunjukkan responden mempunyai kesediaan dari segi fizikal, ekonomi dan psikologi terhadap pembelajaran secara mudah alih. Proses pembangunan Pakej elektronik Literature atau e-Lit ini pula menggabungkan model generik instruksi reka bentuk pembangunan ADDIE (Analyze-Design-Develop-Implement-Evaluate) dan PD (Participatory Design) selain berlandaskan teori-teori pembelajaran yang berkaitan. Proses pembangunan bersama pengguna telah menghasilkan isi kandungan Pakej e-Lit yang mencakupi sukatan pelajaran Bahasa Inggeris dan memenuhi piawaian pengguna. Hasil analisis fasa penilaian secara kuantitatif dan kualitatif menunjukkan responden mempunyai tahap kepuasan yang tinggi terhadap Pakej e-Lit. Penghantaran teks pesanan ringkas serta pertemuan secara bersemuka memberi kesan kepada motivasi dan minat pelajar untuk mengakses bahan. Keputusan keseluruhan menunjukkan Pakej e-Lit dan pembentukan persekitaran pembelajaran secara mudah alih yang diimplementasi memberi kesan yang positif kepada kepuasan, motivasi dan minat pelajar. Pemeriksaan melalui pendekatan Pemodelan Persamaan Struktur mengesahkan secara empirikal, terdapat hubungan positif yang signifikan di antara faktor sikap pelajar, reka bentuk Pakej e-Lit dan kepuasan. Penyelidikan ini telah memberi sumbangan dalam: (i) kaedah ubahsuaian gabungan model instruksi reka bentuk yang dikenali sebagai Kitaran Instruksi Reka Bentuk e-Lit, (ii) pelaksanaan Kurikulum Emergent melalui proses pembangunan bersama pengguna, (iii) pembentukan persekitaran pembelajaran mudah alih yang boleh dilaksanakan dalam konteks pendidikan sekolah menengah di Malaysia dan (iv) penghasilan borang penilaian Kit e-Lit bagi menilai kepuasan pelajar terhadap bahan e-pembelajaran.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectPembelajaran mudah alih
dc.subjectBahasa Inggeris
dc.subjectEnglish literature -- Study and teaching (Secondary) -- Malaysia
dc.titlePembangunan dan penilaian pakej pembelajaran mudah alih komsas dalam bahasa Inggeris tingkatan empat
dc.typeTheses
dc.format.pages407
dc.identifier.callnoLB1044.84.R347 2013
dc.identifier.barcode000648
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71358+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
6.59 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.