Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488123
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Prof. Madya Dr. Saemah Rahman | |
dc.contributor.author | Seri Bunian Mokhtar | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:37:54Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:37:54Z | - |
dc.date.issued | 2012-02-08 | |
dc.identifier.other | ukmvital:71389 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488123 | - |
dc.description | Kajian ini dijalankan untuk memeriksa hubungan antara faktor persekitaran pembelajaran, pendekatan pembelajaran dengan kemahiran generik dalam kalangan pelajar politeknik. Model Pembelajaran 3P Biggs menjadi landasan untuk penyelidik mengkaji hubungan antara faktor presage iaitu persekitaran pembelajaran (PerPem), faktor proses iaitu pendekatan pembelajaran (PP) . dengan faktor produk iaitu kemahiran generik (KG). Kajian ini dijalankan di lapan buah politeknik di Malaysia. Responden kajian terdiri daripada 527 pelajar semester akhir di politeknik. Course Experience Questionnaire (CEQ), Instrumen Kemahiran Generik, dan Revised Two- Factor Study Process Questionnaire (RSPQ-2F) digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 17 dan AMOS 18. Satu hubungan model antara pembolehubah kajian dibina dan diuji menggunakan teknik Model Persamaan Berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan satu daripada elemen persekitaran pembelajaran iaitu penilaian berada pada tahap tinggi. Manakala lima elemen persekitaran pembelajaran iaitu pengajaran yang baik, komuniti pembelajaran, objektif yang jelas, sumber pembelajaran dan beban tugasan berada pada tahap sederhana tinggi. Responden juga melaporkan pendekatan mendalam berada pada tahap yang sederhana tinggi dan pendekatan permukaan berada pada tahap sederhana rendah. Responden melaporkan memiliki tahap kemahiran generik yang tinggi bagi empat elemen kemahiran generik iatu pembolehubah kemahiran kerja berpasukan, kualiti peribadi, pembelajaran berterusan dan kemahiran pengurusan maklumat. Manakala bagi enam elemen kemahiran generik iaitu kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kritis dan kreatif, kemahiran asas, kepirnpinan dan keusahawanan, responden melaporkan memiliki tahap sederhana tinggi. Analisis Model Persamaan Berstruktur mendapati dua elemen persekitaran pembelajaran iaitu komuniti pembelajaran dan penilaian mempunyai hubungan langsung dengan kemahiran generik. Manakala tiga elemen persekitaran pembelajaran iaitu objektif yang jelas, sumber pembelajaran dan pengajaran yang baik mempunyai hubungan tidak langsung dengan kemahiran generik. Analisis menunjukkan elemen penilaian, komuniti pembelajaran, pendekatan mendalam dan pendekatan permukaan merupakan faktor penyumbang yang signifikan terhadap kemahiran generik pelajar politeknik. Dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan positif antara pendekatan mendalam dengan kemahiran generik dan hubungan negatif antara pendekatan permukaan dengan kemahiran generik. Akhirnya, model keseluruhan menunjukkan terdapat hubungan langsung dan tidak langsung antara persekitaran pembelajaran, pendekatan pembelajaran dan kemahi~an generik. Secara am, dapatan kajian ini menyokong hubungan antara persekitaran pembelajaran dan pendekatan pembelajaran serta kepentingannya dalam membantu meningkatkan kemahiran generik dalam kalangan pelajar politeknik.,Doktor Falsafah | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Persekitaran | |
dc.subject | Pembelajaran | |
dc.subject | Kemahiran Generik | |
dc.subject | Pelajar Politeknik | |
dc.subject | Educational psychology -- Study and teaching (Higher) -- Malaysia | |
dc.title | Faktor Persekitaran Pembelajaran, Pendekatan Pembelajaran dan Kemahiran Generik Dalam Kalangan Pelajar Politeknik | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 259 | |
dc.identifier.callno | LB1051.S413 2012 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004690 (2012) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_71389+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.12 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.