Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488121
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorProf. Madya Dr. Saemah Rahman
dc.contributor.authorShahlan bin Surat
dc.date.accessioned2023-10-11T09:37:52Z-
dc.date.available2023-10-11T09:37:52Z-
dc.date.issued2012-02-08
dc.identifier.otherukmvital:69273
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488121-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan strategi 4-META ke atas pencapaian penulisan karangan Bahasa Melayu, kesedaran metakognitif, meta- tumpuan, meta-pemahaman dan refleksi metakognitif. Reka bentuk kajian ini menggunakan kuasi eksperimen kumpulan kawalan tidak serupa (ujian pra dan ujian pos). Strategi 4-META digunakan oleh kumpulan eksperimen, manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah konvensional. Teknik-teknik yang digunakan dalam kumpulan eksperimen adalah teknik STOP, AIMS, DARE dan IHCPP semasa proses penghasilan penulisan karangan bahasa Melayu. Subjek kajian adalah terdiri daripada 136 orang pelajar yang meliputi 65 orang dalam kumpulan eksperimen dan 71 orang dalam kumpulan kawalan. Kumpulan pelajar eksperimen didedahkan dengan strategi 4-META selama 12 minggu oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan soal selidik InKePPP (Indikator Keberkesanan Proses Pengajaran dan Pembelajaran) untuk mengukur tahap kesedaran metakognitif, meta-tumpuan, meta- pemahaman, dan refleksi metakognitif. Data kajian telah dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi. Analisis MANCOVA menunjukkan terdapat kesan utama strategi yang signifikan terhadap kelima-lima variabel bersandar. Strategi pengajaran guru merupakan faktor yang signifikan kepada peningkatan skor pencapaian penulisan, kesedaran metakognitif, meta-tumpuan, meta-pemahaman dan refleksi metakognitif dalam kalangan pelajar. Tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara strategi P&P dengan tahap pencapaian dan jantina pelajar terhadap kelima-lima pemboleh ubah kajian yang dikaji. Analisis regresi berganda stepwise" mendapati dua pemboleh ubah bebas mempunyai korelasi dan memberi kesan serta sumbangan terhadap skor pencapaian penulisan dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Pemboleh ubah bebas terse but ialah kesedaran metakognitif dan refleksi metakognitif. Dapatan kajian membuktikan strategi pengajaran dan pembelajaran 4-META dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar. Dapatan mencadangkan penggunaan strategi 4-META dalam pengajaran -dan pembelajaran guru untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam penulisan serta kemahiran metakognitif mereka.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectBahasa Melayu
dc.subjectStrategi
dc.subjectPenulisan
dc.subjectPelajar
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKeberkesanan Strategi 4-Meta dalam Penulisan karangan Bahasa Melayu pelajar tingkatan 4
dc.typeTheses
dc.format.pages603
dc.identifier.callnoPL5083.A3.S535 2012 tesis
dc.identifier.barcode004693 (2012)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_69273+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.04 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.