Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488119
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Rosilah Wahab (P56714) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:37:50Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:37:50Z | - |
dc.date.issued | 2022-05-20 | |
dc.identifier.other | ukmvital:130197 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488119 | - |
dc.description | Perkembangan populasi manusia ke dalam persekitaran semulajadi telah menyebabkan kawasan dilindungi semakin merosot yang berlaku khasnya di kawasan tropika. Oleh itu, kawasan dilindungi perlu kerap dipantau dan dinilai supaya kelestarian dapat dikekal untuk jangka masa panjang. Sehingga kini, penilaian keberkesanan pemuliharaan masih tidak mencukupi dalam menggabungkan kriteria yang penting supaya penilaian tersebut lebih komprehensif Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk membangunkan model indeks komposit yang dapat menilai keberkesanan pemuliharaan di kawasan dilindungi. Komponen penilaian yang digunakan adalah rekabentuk, integriti ekologi dan pengurusan. Untuk itu, Klang Gate, Bukit Kutu dan Rezab Hidupan Liar Sungai Dusun di negeri Selangor, Semenanjung Malaysia telah digunakan sebagai kajian kes. Imej satelit SPOT 5 (10-m resolusi) pada tahun 2012 di negeri Selangor digunakan untuk membangunkan peta guna tanah / litupan tanah bagi ketiga-tiga kawasan dilindungi tersebut menggunakan teknologi penderiaan jauh dan Sistem maklumat Geografi. Seterusnya peta guna tanah / litupan tanah tersebut digunakan untuk analisis rekabentuk dan integriti ekologi. Analisis keberkesanan pengurusan pula dijalankan melalui soal selidik untuk memperoleh pandangan daripada ahli pakar, kakitangan pengurusan dan komuniti tempatan. Indeks keberkesanan rekabentuk yang terdiri daripada perwakilan saiz dan ketinggian menunjukkan bahawa Klang Gate tidak mencukupi dalam perwakilan saiz dan ketinggian. Bukit Kutu juga kekurangan dalam perwakilan saiz manakala Sungai Dusun pula menunjukkan perwakilan yang memuaskan dalam saiz dan ketinggian. Keberkesana integriti ekologi memfokuskan pada analisis pemecahan habitat, hemeroby, kesambungan (connectedness) dan analisis kesesuaian habitat menggunakan tiga jenis mamalia besar. Hasil kajian menunjukkan bahawa Klang Gate mengalami pemecahan habitat, kurang persambungan dengan kawasan berhutan di sekelilingnya dan kurang sesuai sebagai habitat untuk mamalia besar. Sebaliknya, Sungai Dusun menunjukkan tahap integriti ekologi yang memuaskan dan Bukit Kutu mempunyai tahap integriti ekologi yang amat bagus. Analisis keberkesanan pengurusan termasuk penilaian persekitaran, sosioekonomi dan tadbir urus menunjukkan bahawa ketiga-tiga kawasan kajian adalah sederhana memuaskan dalam keberkesanan pengurusan. Seterusnya, indeks komposit keberkesanan menunjukkan Klang Gate mempunyai tahap keberkesanan pemuliharaan yang rendah, namun, Sungai Dusun dan Bukit Kutu mempunyai tahap keberkesanan yang baik. Model penilaian yang dicadangkan dalam kajian ini dapat memberikan kaedah penilaian yang lebih ringkas dan mudah digunakan. Ia bermanfaat pengurus kawasan dilindungi dan maklumat daripada kajian ini dapat membantu pembuat polisi dalam merancang dan menyusun strategi dasar pemuliharaan tempatan dan serantau. Namun begitu, lebih banyak pengujian dan pengajian lanjutan diperlukan untuk meningkatkan keberkesanan model indeks ini.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Slow learning children | |
dc.subject | Learning disabled children | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Aplikasi aktiviti intervensi menggunting, melipat, menganyam, melontar (4m) dalam meningkatkan kemahiran tulisan tangan dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas pembelajaran | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 261 | |
dc.identifier.callno | LC4661.R637 2022 tesis | |
dc.identifier.barcode | 006758(2022) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_130197+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 434.12 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.