Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488118
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorMohd Zaffi Alias (P72427)-
dc.date.accessioned2023-10-11T09:37:49Z-
dc.date.available2023-10-11T09:37:49Z-
dc.date.issued2021-10-12-
dc.identifier.otherukmvital:130195-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488118-
dc.descriptionGuru-guru bahasa Arab di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) berhadapan cabaran besar dari aspek pengajaran setelah Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) diperkenalkan bagi menggantikan Kurikulum Bu'uth al-Azhar yang telah digunapakai setelah sekian lama. Kajian ini meninjau tahap Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) guru serta hubungannya dengan amalan PAK 21 iaitu, pengajaran berbantukan ICT, pengajaran koperatif dan pengajaran kritis kreatif. PPIK merupakan kerangka utama dalam penyelidikan ini yang terdiri daripada empat komponen utama iaitu, Pengetahuan Isi Kandungan (PIK), Pengetahuan Pedagogi Am (PPA), Pengetahuan Pedagogi Khusus (PPK) dan Pengetahuan Konteks (PK). Tujuh soalan kajian telah dibina bagi keseluruhan penyelidikan ini. Kajian ini berbentuk tinjauan melibatkan guru dan pelajar di SABK di seluruh negeri Selangor. Responden guru adalah seramai 194 orang daripada populasi seramai 381 orang. Manakala responden pelajar seramai 500 orang mewakili populasi 16014 orang. Instrumen kajian telah diubahsuai dari kajian-kajian lepas yang berkaitan. Kajian rintis telah dijalankan untuk kebolehpercayaan soal selidik dengan nilai Alpha Cronbach 0.91. Data-data yang diperolehi telah dianalisis dengan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 22. Dapatan kajian menunjukkan tahap PPIK dan tahap amalan pengajaran guru adalah pada tahap sederhana tinggi. Manakala tahap penggunaan BBM guru pada tahap sederhana tingi. Kajian juga menunjukkan bahawa hubungan di antara komponen PPIK guru adalah signifikan dan hubungan antara komponen PPIK dengan amalan pengajaran guru signifikan dengan kekuatan pelbagai. Dapatan juga menjelaskan tidak terdapat perbezaan tahap penguasaan PPIK guru bahasa Arab berdasarkan tahap pengalaman guru dan terdapat pengaruh PPIK terhadap penerapan Amalan Pengajaran Guru. Kesepaduan antara PPIK dan amalan pengajaran guru untuk membentuk persekitaran pengajaran bahasa Arab yang tersusun dan berkesan. Oleh yang demikian tindakan perlu disegerakan agar penguasaan PPIK dapat diintergrasikan sepenuhnya dalam pengajaran bahasa Arab untuk menghasilkan pengalaman pembelajaran yang berkualiti kepada pelajar bahasa Arab sepertimana yang digariskan dalam aspirasi Kurikulum Bersepadu Dini (KBD).,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectArabic language -- Study and teaching -- Malaysia-
dc.subjectArabic language -- Study and teaching (Secondary) -- Malaysia-
dc.subjectArabic language -- Study and teaching -- Malay speakers-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePengetahuan pedagogi isi kandungan dan amalan pengajaran guru bahasa Arab di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Kurikulum Bersepadau Dini-
dc.typeTheses-
dc.format.pages282-
dc.identifier.callnoPJ6068.M4.M8499 2021 tesis-
dc.identifier.barcode006756(2022)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130195+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.