Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488112
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Suziyani Mohamed, Dr. | - |
dc.contributor.author | Nurul Khairani Ismail (P87354) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:37:40Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:37:40Z | - |
dc.date.issued | 2021-04-19 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:127542 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488112 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai model pembentukan akhlak kanak-kanak prasekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan (Design and Development Research Approach) yang dipelopori oleh Richey dan Klien (2014) untuk membangun dan menilai model yang mengandungi tiga fasa. Fasa pertama kajian bertujuan mengenal pasti keperluan pembangunan model pembentukan akhlak kanak-kanak prasekolah melibatkan analisis keperluan yang menggunakan kaedah temu bual yang telah dijalankan kepada 3 orang guru pendidikan Islam Data yang diperoleh dianalisis melalui kaedah perbandingan berterusan dengan menggunakan perisian NVIVO versi 12. Fasa kedua pula dilaksanakan bagi mereka bentuk dan membangunkan model pembentukan akhlak kanak-kanak prasekolah Kaedah Fuzzy Delphi telah dipilih melibatkan seramai 11 orang pakar untuk mendapatkan persetujuan, kesepakatan dan kesahan terhadap konstruk model yang dibangunkan. Kesepakatan dan kesahan tersebut berdasarkan respons pakar terhadap soal selidik yang terdiri daripada 7 skala Likert. Nilai threshold 'd', nilai kesepakatan pakar dan nilai defuzzification dihitung untuk menentu sahkan konsensus pakar terhadap semua item yang terdapat dalam soal selidik. Seterusnya, fasa ketiga bertujuan menilai kebolehgunaan model pembentukan akhlak kanak-kanak prasekolah. Pengkaji telah melibatkan 21 orang peserta kajian yang terdiri daripada guru pendidikan Islam berpengalaman dari Pejabat Pendidikan Daerah Bachok Kelantan. Dapatan fasa pertama menunjukkan wujud permasalahan akhlak dalam kalangan kanak-kanak prasekolah dan perlunya kepada model pembentukan akhlak kanak-kanak prasekolah dibina. Dapatan kajian fasa pertama juga menunjukkan terdapat 3 kod dan 7 tema bagi membangunkan model tersebut. Dapatan kajian Fuzzy Delphi menunjukkan pakar telah bersetuju dan mencapai kesepakatan terhadap 3 konstruk iaitu konstruk kepercayaan beragama, penglibatan ibu bapa dan keterikatan dengan sekolah, 7 subkonstruk 18 aspek dan 93 item. Dapatan kajian kebolehgunaan menunjukkan kesemua 3 konstruk, 7 subkonstruk, 18 aspek dan 93 item sesuai untuk digunakan untuk kanak-kanak di peringkat prasekolah. Seterusnya, dapatan juga menunjukkan konstruk keterikatan dengan sekolah lebih mempengaruhi proses pembentukan akhlak kanak-kanak prasekolah berbanding konstruk - konstruk yang lain. Akhirnya, satu model pembentukan akhlak kanak-kanak prasekolah telah dibangunkan. Model ini mengusulkan 3 konstruk penting iaitu konstruk keterikatan dengan sekolah, penglibatan ibu bapa dan kepercayaan beragama dalam membentuk akhlak kanak-kanak prasekolah secara holistik.,Ph.D | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Child psychology | - |
dc.subject | Preschool children | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pembangunan dan penilaian model pembentukan akhlak kanak-kanak prasekolah | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 339 | - |
dc.identifier.callno | BF721.N8378 2021 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 006468 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_127542+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.3 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.