Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488110
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohamad Sattar Rasul, Prof. Madya Ts. Dr. | |
dc.contributor.author | Syarina Ramli (P92424) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:37:37Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:37:37Z | - |
dc.date.issued | 2021-04-19 | |
dc.identifier.other | ukmvital:127540 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488110 | - |
dc.description | Pembangunan lestari ialah pembangunan yang memenuhi keperluan masa kini tanpa mengkompromikan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka. Dalam Pendidikan Pembangunan Lestari, kemahiran hijau merupakan kemahiran yang perlu ada untuk memastikan pembangunan lestari berjalan lancar. Beberapa permasalahan berkaitan pembangunan kompetensi kemahiran hijau dalam kalangan guru pelatih dan tenaga pengajar. Antaranya adalah isu kurikulum, isu kompetensi guru pelatih dan tenaga pengajar, isu pengajaran dan pembelajaran dan juga isu kajian lepas. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti indikator dan membangunkan Model Pembangunan Lestari Kompetensi Kemahiran Hijau Industri 4.0 bagi guru pelatih TVET di Institut Pendidikan Guru (IPG). Indikator dan elemen dalam model yang dibangunkan adalah hasil daripada adaptasi gabungan Teori Pemodenan Ekologikal, Model Kemahiran Hijau Pavlova dan Model Kurikulum Pembangunan Lestari, Kompetensi dan Latihan Guru (Model of Curriculum,Sustainable Development, Competence and Teacher Training (CSCT). Reka bentuk kajian ini menggunakan Reka Bentuk dan Pembangunan (Design and DevelopmentResearch, DDR) yang melibatkan tiga fasa iaitu (i) analisis keperluan, (ii) reka bentuk dan pembangunan dan (iii) penilaian dan pengesahan model. Fasa analisis keperluan dan pembangunan model menggunakan kaedah Fuzzy Delphi (FDM) dengan melibatkan 14 orang pakar yang dipilih berdasarkan kaedah pensampelan bertujuan dan terdiri daripada tenaga pengajar yang berpengalaman mengajar dalam bidang TVET, agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam bidang teknologi hijau, serta wakil kementerian yang terlibat dengan penggubalan kurikulum TVET dan kurikulum di IPG. Seterusnya bagi fasa penilaian model melibatkan guru pelatih dalam bidang TVET di IPG yang dipilih berdasarkan kaedah pensampelan rawak berstrata tidak berkadaran. Analisis deskriptif dijalankan dalam fasa ini menggunakan IBM SPSS Statistics versi 25 dan analisis inferensi dengan menggunakan perisian StructuralEquational Model (SEM-PLS). Hasil dapatan kajian mendapati empat indikator iaitu Strategi Pengajaran, Rangkaian, Refleksi dan Pembelajaran Pembangunan Lestari (PPL) diperlukan dalam membangunkan model kompetensi kemahiran hijau industri 4.0 guru pelatih. Hasil pengujian hipotesis dalam penilaian model mendapati ke semua indikator menunjukkan hubungan yang signifikan dengan indikator PPL kecuali indikator Refleksi. Manakala indikator yang paling kuat mempunyai hubungan dengan indikator PPL dalam mempengaruhi pembangunan model kompetensi kemahiran hijau guru pelatih adalah indikator Rangkaian. Akhir sekali, keboleh ramalan dan kesahan model menunjukkan model yang dibangunkan mempunyai kesan ramalan yang relevan di peringkat tinggi. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa indikator dan model pembangunan kompetensi kemahiran hijau industri 4.0 memberi gambaran secara langsung kepada pihak IPGM dalam menentukan elemen kompetensi kemahiran hijau industri 4.0 bagi menambah baik kurikulum sedia ada di IPG sekali gus membangunkan kompetensi kemahiran hijau industri 4.0 guru pelatih selaras dengan kehendak industri semasa dan matlamat pembangunan lestari.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Teacher effectiveness | |
dc.subject | Effective teaching | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Indikator dan model pembangunan lestari kompetensi kemahiran hijau industri 4.0 guru pelatih TVET | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 319 | |
dc.identifier.callno | LB1025.3.S973 2021 tesis | |
dc.identifier.barcode | 006466 | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_127540+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 700.52 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.