Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488108
Title: | Keterlibatan murid dalam sekolah : hubungannya dengan sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik mengikut gender |
Authors: | Hanita Mohd Yusoff (P61678) |
Supervisor: | Norzaini Azman, Prof. Dato' Dr. |
Keywords: | Academic achievement Motivation in education Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 3-Aug-2021 |
Description: | Ketidakseimbangan kemasukan pelajar ke IPTA menunjukkan bahawa pencapaian pelajar perempuan lebih baik berbanding lelaki. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa pencapaian pelajar lelaki yang rendah adalah kerana kurangnya sokongan pembelajaran dan keterlibatan di sekolah. Justeru, pencapaian murid lelaki pada peringkat pendidikan menengah perlu dipertingkatkan. Kajian ini dijalankan bagi membantu meningkatkan keterlibatan murid serta mengurangkan jurang perbezaan gender terhadap pencapaian akademik. Objektif kajian ini adalah untuk: i) mengenal pasti keterlibatan murid dari segi afektif, tingkah laku dan kognitif mengikut gender; ii) mengenal pasti sokongan pembelajaran murid dari segi guru, rakan sebaya dan ibu bapa mengikut gender; iii) mengenal pasti perbezaan keterlibatan murid dan sokongan pembelajaran dengan pencapaian akademik mengikut gender; iv) mengkaji hubungan keterlibatan murid dan sokongan pembelajaran pencapaian akademik mengikut gender; v) mengkaji sumbangan keterlibatan murid dan sokongan pembelajaran terhadap pencapaian akademik mengikut gender. Kajian ini adalah kajian tinjauan yang dijalankan dalam dua peringkat yang melibatkan kaedah kuantitatif dan disokong oleh kualitatif dengan reka bentuk eksplanatori bersekuens kepada murid sekolah menengah di Kuala Selangor. Seramai 800 murid (lelaki n=400, perempuan n=400) telah dipilih secara rawak berstrata sebagai responden kajian kuantitatif. Kaedah tinjauan telah menggunakan soalan selidik keterlibatan murid (adaptasi dari Zalizan et al. 2014, 2016) dan dianalisis menggunakan SPSS 22.0 manakala, temu bual separa berstruktur melibatkan seramai 76 orang murid sebagai responden pensampelan bertujuan yang mewakili tiga tahap keterlibatan. Kaedah temu bual separa berstruktur dijalankan secara berkumpulan dan dianalisis secara bertema. Keseluruhan dapatan kajian menunjukkan, i) tahap keterlibatan murid adalah pada tahap tinggi bagi murid perempuan dan sederhana bagi murid lelaki; ii) tahap sokongan pembelajaran murid adalah pada tahap tinggi bagi kedua-dua gender namun murid perempuan mempunyai sokongan yang lebih tinggi; iii) terdapat perbezaan yang signifikan skor min keterlibatan murid dengan pencapaian akademik murid lelaki dan perempuan namun murid perempuan mempunyai keterlibatan yang lebih tinggi.Terdapat perbezaan yang signifikan skor min sokongan guru dan rakan sebaya dengan pencapaian akademik murid lelaki dan perempuan namun tidak terdapat perbezaan bagi sokongan ibu bapa bagi kedua-dua gender. Sungguhpun begitu skor min murid perempuan lebih tinggi daripada lelaki; iv) terdapat hubungan keterlibatan tingkah laku dan kognitif dengan pencapaian akademik murid lelaki dan perempuan namun tidak terdapat hubungan afektif bagi kedua-dua gender. Terdapat hubungan sokongan pembelajaran dengan pencapaian akademik bagi kedua-dua gender; v) terdapat sumbangan yang signifikan keterlibatan tingkah laku, keterlibatan kognitif, sokongan guru dan sokongan ibu bapa terhadap pencapaian akademik bagi kedua-dua gender. Dapatan kajian memberi implikasi dari aspek teoritikal dan amalan khususnya kepada teori perbezaan gender dalam konteks Asia. Implikasi amalan merujuk kepada langkah-langkah mengurangkan jurang perbezaan gender dan meningkatkan pencapaian akademik murid.,Ph.D |
Pages: | 338 |
Call Number: | LB1062.6.H336 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_127538+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.25 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.