Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488104
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRuhizan Muhammad Yasin, Prof. Dr.
dc.contributor.authorRadin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (P92534)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:37:30Z-
dc.date.available2023-10-11T09:37:30Z-
dc.date.issued2021-05-31
dc.identifier.otherukmvital:127535
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488104-
dc.descriptionKajian ini bertujuan membangunkan modul pengajaran matematik sekolah menengah berasaskan pendekatan pembelajaran sosial dan emosional (PSE). Pembangunan modul tersebut bertujuan untuk membantu dan membimbing guru matematik dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) matematik dengan menerapkan kompetensi sosial dan emosional bagi menyediakan murid menghadapi cabaran abad ke-21. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan Reka bentuk dan Pembangunan (KRB) yang diperkenalkan Richey & Klein dalam membangunkan modul. Kajian penyelidikan KRB ini melibatkan tiga fasa. Fasa pertama melibatkan analisis keperluan menggunakan soal selidik 46 orang guru matematik sekolah menengah dan 242 orang murid sekolah menengah yang berpencapaian rendah-sederhana. Kajian peringkat ini bagi menentukan keperluan dalam membangunkan modul pengajaran matematik berasaskan pendekatan PSE dan keperluan kompetensi sosial dan emosional (KSE) terhadap murid sekolah menengah. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 25. Tafsiran analisis keperluan adalah berdasarkan nilai peratusan, skor min dan sisihan piawai. Fasa kedua menggunakan pendekatan kaedah Fuzzy Delphi (KFD) untuk mereka bentuk kerangka utama reka bentuk modul, komponen utama KSE, elemen dalam KSE, dan aktiviti sokongan sosial dan emosional berdasarkan kesepakatan pandangan panel pakar yang terdiri daripada 11 orang. Proses penterjemahan data bagi KFD ini adalah berdasarkan kesepakatan kesemua pakar berlandaskan syarat persetujuan, iaitu nilai threshold di bawah 0.2,peratusan kesepakatan melebihi 75% dan nilai purata skor fuzzy melebihi 0.5. Fasa ketiga, iaitu fasa penilaian kebolehgunaan modul melibatkan pakar seramai 14 orang guru matematik yang bertindak untuk menilai modul yang dibangunkan menggunakan pendekatan teknik kumpulan nominal ubahan (Modified NGT). Panel ini dipilih berdasarkan kepakaran mereka sebagai pengguna yang terlibat secara langsung dalam PdP matematik di dalam bilik darjah. Nilai peratusan skor penerimaan adalah melebihi 70% bagi setiap item atau konstruk untuk dianggap sesuai dan boleh digunakan. Dapatan keseluruhan daripada fasa pertama menunjukkan tidak terdapat penerapan PSE serta elemen KSE dalam amalan pendidikan matematik sekolah menengah kebangsaan, dan tiada bahan sumber PSE serta sokongan profesional bagi menambah baik pelaksanaan PSE dalam bilik darjah. Dapatan juga menunjukkan guru dan murid bersetuju bahawa tahap KSE murid adalah sederhana. Maka, kajian untuk pembangunan modul pengajaran matematik berasaskan pendekatan PSE adalah diperlukan. Dapatan daripada fasa kedua pula menghasilkan kerangka reka bentuk modul, komponen KSE, elemen dalam KSE, aktiviti sokongan sosial dan emosional, serta aliran turutan keutamaan bagi kesemua item tersebut. Kerangka utama reka bentuk modul adalah terdiri daripada 5 komponen, iaitu Kesediaan Guru, Objektif Pembelajaran, Permasalahan Berkonteks, Tugasan Kolaboratif dan Aktif, dan Sokongan Fizikal dan Penilaian. Selanjutnya, dapatan fasa ketiga memperlihatkan bahawa kesemua item daripada kerangka utama reka bentuk modul, komponen KSE, elemen dalam KSE, aktiviti yang menyokong PSE, dan turutan keutamaannya adalah pada tahap sesuai dan boleh digunakan. Modul yang dibangunkan ini berupaya menjadi panduan kepada guru matematik dalam menerapkan KSE dalam bilik darjah.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectCurriculum development
dc.subjectSecondary school
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePembangunan modul pengajaran matematik sekolah menengah berasaskan pendekatan pembelajaran sosial dan emosional (PSE)
dc.typeTheses
dc.format.pages419
dc.identifier.callnoLB2806.15.R333 2021 tesis
dc.identifier.barcode006461(2021)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_127535+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.