Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488103
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Hasnah Toran, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Rohani Husaini (P61695) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:37:29Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:37:29Z | - |
dc.date.issued | 2021-03-29 | |
dc.identifier.other | ukmvital:127534 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488103 | - |
dc.description | Pengetahuan guru dalam pengajaran adalah penting bagi memastikan kemahiran pembelajaran dikuasai oleh murid. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka pengajaran guru dalam pengajaran sains awal dengan berfokus kepada penguasaan kemahiran proses sains oleh kanak-kanak melalui aktiviti, interaksi guru dan pengurusan persekitaran. Masih terdapat kajian yang menyatakan guru kurang memahami konsep kemahiran proses sains ekoran tidak memahami pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains awal di dalam kelas. Interaksi yang lebih berfokus kepada guru serta kesedaran persekitaran yang sederhana memberi kesan kepada penguasaan kemahiran proses sains. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif secara deskriptif serta melibatkan lima orang guru prasekolah dari sekolah yang berbeza. Pengumpulan data dalam kajian ini menggabungkan data utama iaitu data verbatim temubual 5 orang guru prasekolah serta disokong oleh data pemerhatian dan analisis dokumen. Penganalisisan data dilakukan dengan menggunakan teknik perbandingan berterusan atau constant comparative analysis bagi menentukan kategori yang paling sesuai dengan konstruk dalam objektif kajian. Pengkaji membandingkan data antara pelbagai sumber dan juga antara peserta kajian bagi mendapat kategori dan tema yang sesuai. Teknik ini dijalankan dengan bantuan perisian Atlas TI 7 untuk mengurus, memproses serta membuat kod. Kajian ini memberi gambaran yang jelas berkaitan pengetahuan dan tahap kemahiran guru prasekolah dalam pengajaran sains awal khususnya KPS. Kajian ini juga membuktikan terdapatnya faktor-faktor yang memberi sumbangan kepada peningkatan penguasaan kemahiran proses sains (KPS) melalui aktiviti, kaedah interaksi, serta ciri-ciri pengurusan persekitaran yang boleh dijadikan panduan untuk pengajaran kemahiran proses sains. Dapatan kajian ini telah menghasilkan penemuan baharu kajian iaitu ciri-ciri perancangan, pelaksanaan dan pengurusan aktiviti, dan persekitaran yang mampu meningkatkan penguasaan KPS. Di samping itu, terhasil penemuan baharu iaitu kaedah interaksi yang sesuai untuk pelaksanaan KPS yang berkesan dan bermakna. Penemuan ini sebagai tambahan maklumat sedia ada dan boleh membantu pihak perancang pendidikan dalam penyediaan kurikulum, latihan guru, dan penggubalan bahan pengajaran yang terlibat dalam pendidikan awal kanak-kanak. Panduan yang dihasilkan berpotensi untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru dalam sains awal, khususnya penguasaan KPS.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pedagogical content knowledge -- Science | |
dc.subject | Teaching ability | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kemahiran proses sains dalam pengajaran sains awal | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 298 | |
dc.identifier.callno | LB1028.35.R634 2021 tesis | |
dc.identifier.barcode | 006460(2021) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_127534+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 501.57 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.