Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488095
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Izham Mohd Hamzah, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorAzerai Azmi (P79267)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:37:21Z-
dc.date.available2023-10-11T09:37:21Z-
dc.date.issued2021-11-03
dc.identifier.otherukmvital:126184
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488095-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan transformasi PPD dan amalan komitmen perubahan pegawai PPD seluruh Malaysia dalam usaha membangunkan keupayaan kepimpinan sekolah. Kajian ini menggunakan reka bentuk gabungan penjelasan (sequential explanatory design) dan teknik pensampelan rawak berkelompok digunakan bagi menentukan responden kajian. Seramai 400 orang responden dari 13 buah PPD seluruh Malaysia terlibat dalam kajian kuantitatif dan kajian kualitatif pula melibatkan lima orang peserta temu bual. Hasil analisis deskriptif menunjukkan tahap pelaksanaan transformasi PPD dan pembangunan keupayaan kepimpinan sekolah secara keseluruhan berada pada tahap sangat tinggi dengan skor min 4.39 dan 4.51. Amalan komitmen perubahan pula berada pada tahap tinggi (min = 4.29). Seterusnya, ujian MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap pelaksanaan transformasi PPD berdasarkan umur manakala tidak terdapat perbezaan pelaksanaan transformasi PPD dengan pengalaman bekerja di PPD, kelulusan akademik dan kehadiran latihan. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan amalan komitmen perubahan berdasarkan umur, pengalaman bekerja di PPD, kelulusan akademik dan kehadiran latihan. Analisis ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan signifikan positif rendah antara amalan komitmen perubahan dengan pembangunan keupayaan pendidikan sekolah (r = 0.280). Selain itu, hubungan antara pelaksanaan transformasi PPD dengan amalan komitmen perubahan adalah positif sederhana (r = 0.410) dan hubungan antara pelaksanaan transformasi PPD dengan pembangunan keupayaan kepimpinan sekolah juga adalah positif sederhana (r = 0.496). Analisis regresi mendapati tiga daripada empat dimensi pelaksanaan transformasi PPD iaitu penstrukturan semula, pengurusan bimbingan dan pementoran serta pembudayaan semula menyumbang sebanyak 26.3% kepada pembangunan keupayaan kepimpinan sekolah. Manakala, amalan komitmen perubahan pula menyumbang sebanyak 20.0% kepada pembangunan keupayaan kepimpinan sekolah. Seterusnya, data temu bual dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti dan hasil analisis menunjukkan ciri-ciri pelaksanaan transformasi PPD di Malaysia. Dapatan kajian ini memberi implikasi kepada bidang pengetahuan yang berkaitan dengan program transformasi PPD, meningkatkan pemahaman serta membuktikan kedinamikan teori dan model yang terlibat. Selain itu, kajian ini juga membantu pihak KPM dan JPN mengemaskini aspek perancangan dan pelaksanaan dalam usaha meningkatkan kecekapan tadbir urus pegawai PPD. Kesimpulannya, kejayaan pelaksanaan transformasi PPD yang digerakkan dengan penuh komitmen dilihat pada impak jangka panjang yang diperoleh untuk mencapai matlamat bagi menyediakan pendidikan berkualiti bertaraf dunia dengan membangunkan keupayaan kepimpinan di sekolah.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectTransformasi
dc.subjectKepimpinan
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePelaksanaan transformasi PPD dan amalan komitmen perubahan serta hubungannya dengan pembangunan keupayaam kepimpinan sekolah
dc.typeTheses
dc.format.pages476
dc.identifier.barcode006426(2021)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126184+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.