Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488092
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Shahlan Surat, Dr. | |
dc.contributor.author | Amnah Zanariah Abd Razak (P89319) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:37:17Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:37:17Z | - |
dc.date.issued | 2021-05-16 | |
dc.identifier.other | ukmvital:126182 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488092 | - |
dc.description | Pelajar pintar dan berbakat (PPB) mempunyai tahap kepintaran yang tinggi, kekuatan daya kreativiti dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Namun di sebalik keistimewaan tersebut, mereka terpaksa berhadapan dengan isu sosioemosi yang membataskan potensi sebenar PPB ini. Elemen keinginsempurnaan, kebimbangan sosial dan keterujaan luar biasa adalah antara isu sosioemosi utama yang berlaku dalam populasi PPB yang dikaji. Justeru, kajian ini dilaksanakan bagi membangunkan dan menguji kebolehgunaan Modul Psikopendidikan GIFTED. Populasi kajian ini terdiri daripada PPB dari Kolej GENIUS Insan, USIM di Negeri Sembilan. Kajian ini menggunakan kaedah kajian reka bentuk dan pembangunan (design and development research - DDR) serta berpandukan model ADDIE. Dapatan kajian analisis keperluan menunjukkan tahap keperluan pembangunan modul berada di tahap yang tinggi dan kriteria modul telah dikenal pasti. Manakala dapatan kajian bagi fasa reka bentuk dan pembangunan pula menunjukkan bahawa, modul yang dibangunkan mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Dalam fasa perlaksanaan dan penilaian pula, pengujian kebolehgunaan juga turut dijalankan. Dapatan kajian menggunakan instrumen kebolehgunaan menunjukkan bahawa modul ini mempunyai nilai kebolehgunaan (kebergunaan, kepuasan dan kemudahgunaan) yang baik dan sesuai untuk digunakan dalam kalangan PPB. Seterusnya bagi fasa penilaian kebolehgunaan modul menggunakan analisis MANOVA bagi eksperimen kuasi kumpulan tunggal pula, didapati skor ujian bagi ketiga-tiga pemboleh ubah iaitu keinginsempurnan, kebimbangan sosial dan keterujaan luar biasa adalah sama bagi ujian pra dan pos. Seterusnya dapatan daripada temu bual bagi meneroka kebolehgunaan modul mengikut persepsi pelajar dan guru telah membuktikan bahawa modul ini mampu membantu pelajar memahami dan menguruskan isu sosioemosi dengan baik. Kajian ini memberi implikasi kepada pihak Kolej GENIUS Insan untuk merangka program yang melibatkan elemen pembangunan sosioemosi menggunakan kaedah psikopendidikan terhadap PPB bagi membantu isu sosioemosi yang dihadapi oleh pelajar. Secara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya menghasilkan Modul Psikopendidikan GIFTED yang mempunyai nilai kebolehgunaan yang baik dan dicadangkan penggunaannya dalam kalangan PPB. Usaha ini perlu bagi membantu meningkatkan kualiti sosioemosi PPB dalam usaha menyumbang kepada transformasi pendidikan negara.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pelajar pintar | |
dc.subject | Sosioemosi | |
dc.subject | Modul psikopendidikan gifted | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pembangunan dan kebolehgunaan modul psikopendidikan gifted dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 405 | |
dc.identifier.barcode | 006424(2021) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_126182+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.87 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.