Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488088
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Rosadah Abd Majid, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Lim Chin Yin (P92431) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:37:13Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:37:13Z | - |
dc.date.issued | 2021-11-03 | |
dc.identifier.other | ukmvital:126178 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488088 | - |
dc.description | Pedagogi kasih sayang adalah penting diaplikasikan demi perkembangan keseluruhan potensi murid seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap serta hubungan sikap guru, efikasi kendiri guru, dan, kekuatan karakter terhadap pedagogi kasih sayang dalam kalangan guru pendidikan khas prasekolah (masalah pembelajaran) di Malaysia. Faktor demografi termasuk gender dan pengalaman guru turut dikaji untuk meninjau pengaruh terhadap sikap, efikasi kendiri, kekuatan karakter dan pedagogi kasih sayang dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan gabungan reka bentuk tinjauan dan korelasi untuk meninjau tahap, hubungan dan pengaruhnya. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada guru pendidikan khas prasekolah (masalah pembelajaran) di Malaysia melalui persampelan rawak mudah. Kajian ini telah menggunakan analisis statistik deskriptif, ujian-t tidak bersandar, ujian Mann-Whitney U, korelasi Pearson dan Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM) untuk menjawab soalan-soalan kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan sikap guru adalah positif dan, tahap efikasi kendiri guru, kekuatan karakter guru serta pedagogi kasih sayang guru adalah pada tahap yang tinggi. Manakala faktor demografi tidak menunjukkan hubungan yang signifikan terhadap semua pemboleh ubah dalam kajian. Walaupun demikian, hasil dapatan kajian ini mendapati wujud hubungan yang signifikan antara sikap guru, efikasi kendiri guru dan kekuatan karakter guru terhadap pedagogi kasih sayang. Selanjutnya, analisis kajian ini juga menunjukkan bahawa kekuatan karakter dan efikasi kendiri guru memberi pengaruh kepada pedagogi kasih sayang. Implikasi kajian telah dikemukakan dari pelbagai perspektif terutamanya dari segi amalan profesion perguruan guru pendidikan khas. Cadangan kajian adalah penyediaan garis panduan dalam peningkatan pedagogi kasih sayang, pengujian kerangka model pedagogi kasih sayang dan penglibatan pemboleh ubah lain pada masa depan. Secara keseluruhannya, didapati sikap, efikasi kendiri, dan kekuatan karakter dalam kalangan guru KPKP prasekolah memberi hubungan signifikan terhadap pedagogi kasih sayang.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Teacher-student relationships | |
dc.subject | Teachers' experience | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Sikap, efikasi kendiri, kekuatan karakter dalam kalangan guru prasekolah pendidikan khas pembelajaran di Malaysia dan hubungannya dengan amalan pedagogi kasih sayang | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 377 | |
dc.identifier.callno | LB1033.L536 2021 | |
dc.identifier.barcode | 006419(2021) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_126178+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.64 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.