Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488086
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhammad Helmi Norman, Ts. Dr.
dc.contributor.authorRohani Abdul Aziz (P89288)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:37:11Z-
dc.date.available2023-10-11T09:37:11Z-
dc.date.issued2021-01-29
dc.identifier.otherukmvital:126176
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488086-
dc.descriptionSerious Games adalah paradigma baru dalam pembangunan permainan berasaskan pendidikan. Seiring dengan Revolusi Industri keempat (4th Industrial Revolution), aplikasi Serious Games boleh menjadi platform pengujian alternatif kerana fokus pembangunannya yang mempunyai matlamat khusus, serta dapat meningkatkan produktiviti pembelajaran dan prestasi pelajar melalui kaedah pengujian serentak (real-time assessment), di samping menjadi alat pengujian yang efektif dalam pelbagai domain pembelajaran. Justeru, kajian Serious Games sebagai Pentaksiran Literasi Bahasa Melayu bagi kanak-kanak Pendidikan Rendah B40 ini dibangunkan sebagai pentaksiran alternatif dan formatif yang akan menjadi nilai tambah dan pengukuhan kepada bentuk pentaksiran semasa selaras dengan pemansuhan amalan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun murid Tahap I di sekolah rendah mulai Tahun 2019 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah Reka Bentuk dan Pembangunan melalui aplikasi Model Modified ADDIE yang melibatkan lima fasa. Dapatan kajian pada fasa pertama iaitu fasa analisis menunjukkan bahawa majoriti responden amat optimis terhadap penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian mereka terutamanya dalam aspek pembelajaran. Dapatan fasa kedua iaitu peringkat reka bentuk modul diperoleh melalui Kaedah Fuzzy Delphi untuk mendapatkan konsensus pakar terhadap kandungan instrumen dan elemen gamifikasi yang sesuai. Manakala, dapatan pada Fasa Pembangunan pula ialah elemen-elemen yang mendapat konsensus pakar untuk digunakan untuk membangunkan format dan instrumen contoh bercetak serta aplikasi Serious Games. Dapatan pada fasa keempat iaitu Fasa Implementasi pula menunjukkan hasil analisis ujian α (alfa) dan ujian β (beta) yang telah dijalankan dengan purata skor konsensus yang tinggi bagi ujian α (alfa) dan ujian β (beta) yang dijalankan. Fasa Penilaian pula menggunakan kaedah tinjauan secara desriptif dan analitik terhadap kebolehgunaan instrumen Serious Games yang telah dibangunkan serta persepsi pengguna terhadap semua aspek yang dinilai. Dapatan analisis pada Fasa Penilaian ini menunjukkan bahawa penskoran secara analitik terhadap tiga domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor dapat dijalankan serentak melalui instrumen Serious Games yang dibangunkan dengan tahap kepuasan pengguna terhadap instrumen Serious Games ini adalah amat baik. Kajian kebolehlaksanaan Serious Games sebagai alat ukur dalam instrumen Pentaksiran Literasi Bahasa Melayu bagi kanak-kanak peringkat awal persekolahan ini menjadi asas kepada pendokumentasian format pembinaan instrumen berasaskan teknologi untuk masa hadapan. Rumusan keseluruhan daripada dapatan kajian ini memberikan cadangan kepada kaedah pengujian serentak (real-time) yang mampu mengukur ketiga-tiga domain kognitif, afektif dan psikomotor dalam penguasaan pencapaian murid dengan integrasi mutimedia sebagai alat pengujian yang efektif. Justeru, hasil kajian ini telah menyediakan satu medium Pentaksiran Literasi Bahasa Melayu alternatif secara formatif, autentik serta informal untuk membantu mengekalkan konsistensi penguasaan dan pencapaian murid dalam literasi bahasa Melayu selain menyediakan bentuk pentaksiran yang meningkatkan tahap penglibatan pembelajaran kanak-kanak dalam menguasai kemahiran literasi bahasa Melayu pada peringkat pendidikan rendah seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selari dengan aplikasi teknologi dalam Revolusi Industri keempat (4th Industrial Revolution).,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectSerious Games
dc.subjectPentaksiran literasi bahasa Melayu
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePembangunan serious games sebagai pentaksiran literasi bahasa Melayu bagi kanak-kanak pendidikan rendah B40
dc.typeTheses
dc.format.pages305
dc.identifier.barcode006417(2021)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126176+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.18 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.