Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488085
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRuhizan Mohammad Yasin, Prof. Dr.
dc.contributor.authorYap Leng Lee (P66615)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:37:10Z-
dc.date.available2023-10-11T09:37:10Z-
dc.date.issued2021-02-02
dc.identifier.otherukmvital:126014
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488085-
dc.descriptionPembelajaran bahasa asing secara pasif di dalam bilik darjah tidak memanfaatkan dan pembelajaran bahasa asing sepatutnya mengembirakan. Kegagalan pelajar mengaplikasikan tatabahasa bahasa Jerman menjadi pemangkin kepada pelaksanaan kajian ini. Kajian ini dijalankan untuk meninjau keberkesanan pembelajaran tatabahasa bahasa Jerman dengan menggunakan kaedah Kelas Berbalik (Flipped Classroom) yang mengubah konsep bilik darjah yang berdinding konkrit kepada bilik darjah yang tidak bersempadan. Kaedah Kelas Berbalik effektif jika pelajar melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan penglibatan aktif ini menyumbang kepada pembelajaran yang berkualiti dan bermakna. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen, reka bentuk penukar ganti, di mana tiga sesi intervensi dilaksanakan ke atas sampel yang terdiri daripada 36 orang pelajar dalam sesi satu, 35 orang pelajar dalam sesi dua dan tiga. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) version 24 sebagai alat untuk pemerihalan data deskriptif dan inferensi. Analisis ANCOVA satu hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan min skor pencapaian bahasa Jerman akhir yang signifikan antara kedua-dua kumpulan kajian, iaitu pelajar yang mengikuti kaedah kelas berbalik dan pelajar yang mengikuti kaedah konvensional dalam ketiga-tiga sesi. Keputusan analisis ANOVA satu hala mendapati tidak terdapat perbezaan min skor keterlibatan pelajar yang signifikan dalam ketiga-tiga sesi. Selain daripada itu, analisis MANOVA satu hala mendapati tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara keterlibatan pelajar dan pencapaian bahasa Jerman terhadap kaedah pengajaran dalam sesi satu. Namun demikian, interaksi yang signifikan antara keterlibatan pelajar dan pencapaian bahasa Jerman terhadap kaedah pengajaran dalam sesi dua dan tiga dapat dikesani. Kaedah Kelas Berbalik disarankan untuk diintegrasikan dalam pembelajaran tatabahasa bahasa Jerman sepenuhnya supaya pengajaran dan pembelajaran tatabahasa menjadi lebih menarik dan lebih berkesan. Tambahan pula, setiap minit pembelajaran bersemuka yang berharga dapat digunakan sepenuhnya oleh para pengajar dan dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh para pelajar. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa kaedah Kelas Berbalik mampu memberikan impak yang positif ke arah meningkatkan keupayaan pelajar mengaplikasikan tatabahasa bahasa Jerman dan keterlibatan pelajar dalam pembelajaran tatabahasa bahasa Jerman.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectBahasa asing -- Pengajaran dan pembelajaran
dc.subjectBahasa Jerman -- Pengajaran dan pembelajaran
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKeberkesanan kaedah kelas berbalik terhadap keterlibatan pelajar dan pencapaian bahasa Jerman
dc.typeTheses
dc.format.pages357
dc.identifier.barcode006370(2021)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126014+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.01 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.