Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488080
Title: | Permodelan linear berhierarki faktor sosial organisasi, faktor individu dan pengetahuan teknologi pedagogi kandungan terhadap efikasi kendiri guru matematik dalam mengintegrasikan teknologi |
Authors: | Nurul Shahhida Abu Bakar (P92426) |
Supervisor: | Siti Mistima Maat, Dr. |
Keywords: | Matematik -- Pengajaran dan pembelajaran Pengetahuan teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 11-May-2020 |
Description: | Kajian kuantitatif pelbagai peringkat ini bertujuan menentukan hubungan antara faktor sosial organisasi, faktor individu dan Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) terhadap tahap efikasi kendiri guru matematik dalam mengintegrasikan teknologi. Kajian ini turut menentukan peranan faktor sosial organisasi sebagai kesan penyederhanaan dan PTPK sebagai kesan pengantara. 511 orang guru matematik sekolah menengah harian di Malaysia dipilih menggunakan pensampelan rawak berstrata. Data temu bual turut dikumpul daripada enam orang ketua panitia matematik yang dipilih menggunakan pensampelan bertujuan. Proses kesahan konstruk instrumen dilaksanakan menggunakan model pengukuran Rasch. Analisis diteruskan dengan pengendalian dan pengujian taburan data, prosedur agregat, analisis univariat dan bivariat, pembangunan model kajian, penilaian model linear berhierarki dan analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan 11% varians tahap efikasi kendiri guru matematik dalam mengintegrasikan teknologi berada di peringkat sekolah manakala 89% varians berada di peringkat guru matematik. Kesemua pemboleh ubah faktor individu iaitu jantina, pengalaman mengajar, latihan pembangunan profesional dan persediaan guru menunjukkan hubungan signifikan dengan tahap efikasi kendiri guru matematik dalam mengintegrasikan teknologi. Bagi pemboleh ubah faktor sosial organisasi, hanya sokongan pentadbir dan sekolah menunjukkan hubungan signifikan dengan tahap efikasi kendiri guru matematik dalam mengintegrasikan teknologi. Pemboleh ubah lain seperti lokasi, iklim sekolah dan tekanan menggunakan teknologi adalah tidak signifikan. Di samping itu, sokongan pentadbir dan sekolah menunjukkan kesan penyederhanaan terhadap hubungan di antara persediaan guru dan tahap efikasi kendiri guru matematik dalam mengintegrasikan teknologi. Seterusnya, PTPK menunjukkan hubungan signifikan dengan tahap efikasi kendiri guru matematik dalam mengintegrasikan teknologi. PTPK turut mengantara separa hubungan di antara jantina, latihan pembangunan profesional dan persediaan guru dengan tahap efikasi kendiri guru matematik dalam mengintegrasikan teknologi. Dapatan menunjukkan latihan pembangunan profesional, persediaan guru, sokongan pentadbir dan sekolah, tekanan menggunakan teknologi dan PTPK disokong oleh dapatan temu bual. Walau bagaimanapun, dapatan temu bual tidak menyokong dapatan kuantitatif bagi jantina, pengalaman mengajar, lokasi dan iklim sekolah. Implikasinya, penggubal dan pelaksana dasar dapat merancang strategi efisien dengan menyediakan latihan berterusan dan berfokus kepada pengintegrasian teknologi bagi meningkatkan tahap efikasi kendiri guru matematik dalam mengintegrasikan teknologi serta menghasilkan pendidikan berkualiti. Kesimpulannya, guru matematik perlu mempunyai efikasi kendiri yang positif agar pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan bermakna dan bermanfaat kepada pelajar.,Ph.D |
Pages: | 376 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_126010+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.47 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.