Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488073
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Norasmah Othman, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Kumar Raman (P88480) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:36:57Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:36:57Z | - |
dc.date.issued | 2021-07-21 | |
dc.identifier.other | ukmvital:125990 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488073 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE) di sekolah menengah harian biasa. Program tersebut bermatlamat bagi membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan secara atas talian. Dengan mentransformasikan platform pendidikan negara program tersebut juga dapat merapatkan jurang digital pendidikan di antara sekolah bandar dan luar bandar. Penilaian ini dibuat dengan menggunakan Model CIPP yang menumpukan kepada dimensi input, dimensi proses dan dimensi produk yang telah dijustifikasikan. Dimensi input merangkumi aspek tahap pengetahuan, kemahiran, sikap, infrastruktur, teknologi dan sokongan. Manakala, dimensi proses tertumpu kepada aspek merancang PdP, memberi, menyemak dan mengulas kerja rumah murid, interaksi dan penggunaan sumber bahan PdP dari portal Frog VLE. Sementara itu, dimensi produk pula meliputi aspek pengetahuan guru mengintegrasikan Frog VLE dengan pedagogi dan kandungan pelajaran, amalan perkongsian PdP dan interaksi di antara guru dengan murid. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan sebagai kaedah utama dan temu bual separa struktur dilaksanakan bagi tujuan mengumpul maklumat tambahan untuk mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan program e-pembelajaran kepada pihak yang berkepentingan. Sampel kajian kuantitatif terdiri daripada 1514 orang guru dari 360 buah sekolah menengah harian biasa di Semenanjung Malaysia. Manakala, kajian kualitatif melibatkan seramai empat orang guru. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Sementara itu, data kualitatif (temu bual) dianalisiskan dengan menggunakan analisis temati. Secara keseluruhannya dimensi input dan produk dalam pelaksanaan Program Frog VLE berada pada tahap sederhana. Manakala, dimensi proses (penggunaan) pula berada pada tahap rendah. Kajian ini juga membuktikan bahawa hanya aspek sikap, teknologi dan sokongan sahaja berada pada tahap tinggi berbanding aspek pengetahuan, kemahiran dan infrastruktur berada pada tahap sederhana dalam dimensi input. Selain itu, analisis MANOVA menunjukkan bahawa terdapat berbezaan yang signifikan dalam dimensi input, proses dan produk dalam pelaksanaan Program Frog VLE berdasarkan lokasi sekolah. Analisis Regresi Berganda menunjukkan bahawa terdapat tujuh pemboleh ubah bebas iaitu, sikap, kemahiran, sokongan ibu bapa, capaian internet, pengetahuan, mudah gunaan teknologi dan kebergunaan teknologi menyumbang sebanyak 45.9% kepada dimensi proses (penggunaan) Program Frog VLE. Manakala enam pemboleh ubah bebas iaitu, sikap, sokongan organisasi, kebergunaan teknologi, kemahiran, capaian internet dan sokongan ibu bapa merupakan faktor penyumbang yang menyumbang sebanyak 57.5% kepada dimensi produk. Secara keseluruhannya, dapatan analisis kuantitatif dan cadangan penambahbaikan yang disyorkan melalui analisis kualitatif dalam kajian ini telah memberi sumbangan yang bermakna pihak PPD, JPN dan KPM untuk meningkatkan tahap pengintegrasian TMK dalam pendidikan dan keberkesanan pelaksanaan program e-pembelajaran pada masa akan datang.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pembelajaran dalam talian | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Penilaian pelaksanaan program persekitaran pembelajaran maya | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 432 | |
dc.identifier.barcode | 006358(2021) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125990+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.31 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.