Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488071
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohamad Sattar Rasul, Prof. Madya Ts. Dr. | |
dc.contributor.author | Natasha Dora Muridan (P80600) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:36:55Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:36:55Z | - |
dc.date.issued | 2021-05-19 | |
dc.identifier.other | ukmvital:125989 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488071 | - |
dc.description | Keusahawanan TVET penting dalam konteks ekonomi negara melalui penekanan modal insan dan daya saing terhadap usahawan yang mampu menggerakkan segala aktiviti keusahawanan. MARA merupakan agensi dalam melahirkan usahawan Bumiputera seterusnya menyumbang pada pembangunan ekonomi negara. Maka, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan membina indikator laluan kerjaya usahawan dan mencadangkan reka bentuk model laluan kerjaya keusahawanan TVET-MARA. Metodologi bagi kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah campuran secara urutan penjelasan yang terdiri daripada dua fasa. Pada Fasa I, kaedah kuantitatif bagi indikator laluan kerjaya yang digunakan ialah kajian teknik Modified Delphi. Manakala pada Fasa II, kaedah kualitatif iaitu Teknik Kumpulan Nominal (NGT) dan Pemodelan Interpretasi Berstruktur (ISM) digunakan untuk membangunkan model laluan kerjaya keusahawanan TVET-MARA. Seramai 10 orang peserta kajian terdiri daripada pelajar lulusan Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) yang telah menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan terlibat dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian, tujuh indikator iaitu Perancangan Kerjaya, Penerokaan Kerjaya, Proses Pembelajaran, Maklumat Dunia Kerjaya, Keputusan Kerjaya, Kepercayaan dan Persepsi Kebolehan serta 23 elemen terhasil dalam mencorakkan laluan kerjaya keusahawanan TVET-MARA. Elemen Kepercayaan paling diperlukan untuk membina pengukuhan dalaman mahupun luaran diri seseorang bagi memenuhi laluan kerjaya kerana kekuatan rohani yang mantap akan mendorong kemahuan pembelajaran seseorang yang menjadi titik mula kepercayaan bahawasanya seseorang boleh melakukan sesuatu dengan kekuatan yang dimiliki. Manakala keputusan kerjaya merupakan elemen terakhir yang didasari faktor penentu psikologi yang melibatkan minat, keupayaan dan kemahiran seseorang diikuti oleh faktor penentu ekonomi seperti keadaan kewangan, prospek ekonomi dan penawaran pulangan yang lumayan. Manakala faktor penentu sosiologi ialah keazaman, idola teladan, pengalaman serta kisah kejayaan orang lain. Sumbangan kajian ini ialah indikator dan model laluan kerjaya keusahawanan TVET-MARA. Implikasi kajian ini adalah sebuah model yang menjadi satu garis panduan dan laluan kerjaya kepada pelajar dan lulusan institusi TVET-MARA dan lain-lain institusi TVET untuk membangunkan modal insan keusahawanan. Manakala implikasi kajian pada teori ialah niat dalam tingkah laku terancang, faktor diri dan faktor situasi seseorang menimbulkan impak terhadap kematangan seseorang yang akan membuat penilaiannya sendiri dengan mencari kekuatan dan kelemahan yang ada daripada aspek kematangan fizikal, mental, emosi, potensi diri, bakat semula jadi, minat, nilai, moral dan etika, keluarga, sosial, tingkah laku dan kepuasan kendiri dalam mempengaruhi seseorang membuat keputusan untuk memilih kerjaya keusahawanan kerana keputusan untuk memulakan kerjaya sebagai seorang usahawan banyak dipengaruhi oleh persepsi seseorang individu.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Keusahawanan | |
dc.subject | TVET-MARA | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Indikator dan pemodelan interpretasi berstruktur laluan kerjaya keusahawanan TVET-MARA | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 449 | |
dc.identifier.barcode | 006357(2021) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125989+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.6 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.