Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488068
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Azlin Norhaini Mansor, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Jeffri Mat Yasim @ Mat Yaman (P92535) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:36:53Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:36:53Z | - |
dc.date.issued | 2020-01-10 | |
dc.identifier.other | ukmvital:125986 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488068 | - |
dc.description | Komuniti pembelajaran profesional (PLC) merupakan amalan yang perlu dilaksanakan dalam kalangan pemimpin sekolah dan guru dalam membentuk sekolah berkesan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap, hubungan dan sumbangan amalan guru besar dalam kepimpinan instruksional abad ke-21 serta amalan guru besar dalam pembangunan profesionalisme terhadap amalan guru besar dalam PLC di sekolah. Pengkaji menggunakan reka bentuk tinjauan yang menjurus kepada kaedah kuantitatif. Kajian kualitatif berfokus untuk mengkaji cabaran kepimpinan instruksional abad ke-21 guru besar dalam melaksanakan PLC di sekolah dan langkah mengatasinya. Data kajian diperolehi daripada 266 orang guru besar dari seluruh negeri Perak menerusi kaedah persampelan rawak mudah sistematik. Seterusnya data temu pula melibatkan dua orang guru besar dari dua buah PLC Showcase School negeri Perak. Dapatan kajian menunjukkan amalan guru besar dalam kepimpinan instruksional abad ke-21, amalan guru besar dalam pembangunan profesionalisme dan amalan guru besar dalam PLC pada tahap tinggi. Ketiga-tiga pemboleh ubah turut mempunyai hubungan yang signifikan dan positif. Dari aspek sumbangan pula menunjukkan amalan guru besar dalam kepimpinan instruksional abad ke-21 dan amalan guru besar dalam pembangunan profesionalisme mempunyai pengaruh yang signifikan dan positif serta mempunyai perkaitan yang kuat dalam memastikan amalan guru besar untuk pelaksanaan PLC di sekolah (r = 0.786). Selain itu, terdapat tiga faktor utama yang menjadi cabaran kepada guru besar dalam melaksanakan PLC di sekolah iaitu guru, masa dan sumber yang dikenal pasti melalui temu bual. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi ruang dan peluang kepada pihak berkepentingan termasuk kementerian, jabatan pendidikan dan pejabat pendidikan membuat penambahbaikan dalam membantu pemimpin sekolah melaksanakan PLC di sekolah. Pengkaji turut mencadangkan suatu kajian yang lebih meluas dan mendalam dapat dilaksanakan dengan melibatkan barisan pemimpin pertengahan, pemimpin guru serta guru bagi mengenal pasti faktor yang mempengaruhi amalan kepimpinan instruksional abad ke-21, pembangunan profesionalisme dan pelaksanaan PLC dalam kalangan pemimpin serta guru di sekolah.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Kepimpinan instruksional | |
dc.subject | Guru besar -- Kepimpinan | |
dc.subject | Komuniti pembelajaran profesional | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Amalan guru besar dalam kepimpinan instruksional abad ke- 21, pembangunan profesionalisme dan komuniti pembelajaran profesional | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 240 | |
dc.identifier.barcode | 006354(2021) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125986+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.32 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.