Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488066
Title: | Intervensi urutan sukan terhadap kawalan stres dan implikasinya kepada keupayaan fizikal dan teknikal atlet tenis elit |
Authors: | Wan Ahmad Munsif Wan Pa (P89327) |
Supervisor: | Norlena Salamuddin, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Urutan sukan Atlet Stres Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 10-Jan-2021 |
Description: | Tekanan mental dan fizikal yang ditanggung oleh atlet elit adalah satu aspek yang kritikal sepanjang kerjaya mereka dan boleh menyumbang kepada masalah kesihatan mental. Tambahan pula, gangguan psikologi kini sering berlaku dalam kalangan atlet elit dan lebih tinggi berbanding populasi umum. Namun, permasalahan ini dapat dikawal dengan memberikan intervensi yang sewajarnya. Kajian mengenai impak Urutan Sukan terhadap kawalan stres dan persembahan masih kurang mendapat perhatian dalam tenis. Sehubungan itu, kajian ini telah dilaksanakan bertujuan menguji keberkesanan intervensi Urutan Sukan terhadap kawalan stres, keupayaan fizikal dan keupayaan teknikal. Seramai 14 orang atlet tenis elit yang terlibat dalam kajian ini dan dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dengan menggunakan reka bentuk kajian Quasi-Experimental, secara kuantitatif. Antara instrumen yang diguna pakai dalam kajian ini adalah ujian Enzyme-Linked Immunosorbent Assay (ELISA), Competitive State Anxiety Inventory (CSAI-2), ujian jangkauan melunjur, ujian lompat tegak berdiri, ujian ketangkasan-T dan ujian ketepatan pukulan forehand (FH) dan backhand (BH). Terdapat tiga fasa pengukuran instrumen dalam kajian ini iaitu ujian pra, ujian pos pertama dan ujian pos kedua. Penyelidik telah menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences, versi 23, bagi membuat analisis statistik inferensi iaitu Ujian ANOVA Dua Hala Pengukuran Berulangan dan Ujian Regresi Linear Mudah. Dapatan kajian melaporkan intervensi Urutan Sukan telah memberi perubahan yang signifikan berbanding latihan secara konvensional (latihan drilling) terhadap tahap kebimbangan kognitif, tahap kebimbangan somatik, tahap keyakinan diri, keupayaan kelenturan, keupayaan kekuatan otot dan keupayaan ketangkasan dalam kalangan atlet tenis elit. Dapatan kajian juga mendapati aspek stres bagi kumpulan rawatan telah memberikan sumbangan yang signifikan sebanyak 31.6 peratus terhadap keupayaan fizikal atlet tenis elit. Kesimpulannya, penyelidik mendapati bahawa Urutan Sukan bukan sekadar Complementary Alternative Medicine (CAM), tetapi juga sebagai satu kaedah bagi mengubah tahap kebimbangan pra-pertandingan, keupayaan kelenturan, keupayaan kekuatan otot dan keupayaan ketangkasan dalam kalangan atlet tenis elit.,Ph.D |
Pages: | 399 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125777+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 9.1 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.