Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488065
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohammed Yusoff Mohd Nor, Dr.-
dc.contributor.authorHairul Azman Mohd Hata (P92551)-
dc.date.accessioned2023-10-11T09:36:50Z-
dc.date.available2023-10-11T09:36:50Z-
dc.date.issued2021-05-19-
dc.identifier.otherukmvital:125261-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488065-
dc.descriptionPengetua dan guru memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan murid yang berkualiti dan cemerlang melalui keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Perubahan sistem pendidikan yang pesat dan mencabar pada hari ini menuntut pengetua untuk memimpin dan mengurus sekolah dengan berkesan agar sekolah dapat bergerak menuju ke arah kecemerlangan. Di samping itu, pengetua harus berperanan sebagai pemimpin distributif bagi memotivasi guru untuk memiliki kompetensi yang tinggi agar dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan berkesan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kepimpinan distributif dengan pengurusan bakat pengetua dalam mempengaruhi kompetensi guru. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 395 guru sekolah menengah. Soal selidik digunakan sebagai instrumen utama dalam mengumpulkan data penyelidikan. Seterusnya, data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan SPSS dan AMOS - SEM. Hasil kajian menunjukkan kepimpinan distributif pengetua, pengurusan bakat pengetua dan kompetensi guru berada pada tahap tinggi secara keseluruhan dan untuk setiap dimensi yang diukur. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif dan sederhana antara kepimpinan distributif pengetua dengan kompetensi guru dan antara pengurusan bakat dengan kompetensi guru. Manakala hubungan antara kepimpinan distributif dengan pengurusan bakat pengetua pula adalah signifikan yang positif dan kuat. Peramal utama dalam meningkatkan kompetensi guru adalah dimensi mencabar proses bagi kepimpinan distributif pengetua dan dimensi mengenal pasti bakat bagi pengurusan bakat oleh pengetua. Selain itu, analisis SEM telah membuktikan bahawa pengurusan bakat adalah perantara dalam hubungan antara kepimpinan distributif pengetua dengan kompetensi guru. Sebagai kesimpulannya amalan kepimpinan distributif dan pengurusan bakat perlu diterapkan oleh pengetua secara berkesan agar kompetensi guru dapat dipertingkatkan untuk memastikan kemenjadian murid terhasil di sekolah.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPemimpin-
dc.subjectPengetua-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePengaruh kepimpinan distributif dan pengurusan bakat pengetua terhadap kompetensi guru-
dc.typeTheses-
dc.format.pages315-
dc.identifier.barcode004989(2020)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125261+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.44 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.