Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488064
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Razaq Ahmad, Prof. Dato' Dr.
dc.contributor.authorNurul Hidayati Hamid (P74225)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:36:49Z-
dc.date.available2023-10-11T09:36:49Z-
dc.date.issued2020-12-24
dc.identifier.otherukmvital:125258
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488064-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk mengenalpasti aspek dorongan persekitaran sosial dan penggunaan aktiviti masa senggang serta hubungannya terhadap kesejahteraan hidup belia. Dorongan persekitaran sosial dalam kajian ini adalah merujuk kepada dorongan keluarga, rakan sebaya dan komuniti setempat. Penggunaan aktiviti masa senggang pula adalah berkaitan dengan aktiviti yang berasaskan aktiviti pendidikan, sukan & rekreasi, keagamaan, keluarga, komuniti dan ekonomi. Kesejahteraan hidup pula memfokuskan kepada pendidikan, kesihatan, kehidupan keluarga, hubungan sosial dan ekonomi. Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik yang melibatkan seramai 1184 belia pelbagai etnik iaitu Melayu, Cina dan India di Semenanjung Malaysia mengikut zon utara, zon selatan, zon tengah dan zon timur yang dipilih secara berstrata dan rawak mudah. Analisis data menggunakan SPSS 25 bagi analisis statistik deskriptif, MANOVA dan model persamaan berstruktur (SEM). Hasil kajian rintis berdasarkan analisis Cronbach Alpha mendapati keseluruhan item bagi semua konstruk berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu di antara 0.907 hingga 0.927. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya dorongan persekitaran sosial, penggunaan aktiviti masa senggang dan kesejahteraan hidup berada pada tahap sederhana tinggi dalam kalangan belia. Analisis MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dorongan persekitaran sosial dan penggunaan aktiviti masa senggang berdasarkan jantina, etnik dan status sosioekonomi. Walau bagaimanapun bagi aspek kesejahteraan hidup berdasarkan jantina tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Hasil analisis model persamaan berstruktur bagi model dorongan persekitaran sosial dan aktiviti masa senggang terhadap kesejahteraan hidup adalah sepadan. Selain daripada itu, data menunjukkan terdapat sumbangan yang signifikan dorongan persekitaran sosial terhadap penggunaan aktiviti masa senggang dan penggunaan aktiviti masa senggang terhadap kesejahteraan hidup. Hasil kajian turut mendapati bahawa penggunaan aktiviti masa senggang memainkan peranan sebagai mediator antara dorongan persekitaran sosial dengan kesejahteraan hidup belia. Implikasi kajian menunjukkan bahawa komuniti banyak mempengaruhi penggunaan aktiviti masa senggang dalam kalangan belia. Manakala penggunaan aktiviti masa senggang pula banyak menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan hidup dalam kalangan belia di Malaysia. Justeru pelbagai program dan kemudahan fizikal dalam kalangan orang awam perlu dirancang dengan baik dan diperluaskan bagi mencapai matlamat Malaysia sejahtera.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectPersekitaran sosial
dc.subjectBelia -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleDorongan persekitaran sosial dan aktiviti masa senggang terhadap kesejahteraan hidup belia di Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages293
dc.identifier.barcode004986(2020)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125258+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.22 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.