Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488059
Title: Pengurusan bakat dan efikasi kendiri guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Malaysia
Authors: Azlin Zainal Abidin (P80396)
Supervisor: Azlin Norhaini Mansor, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pengurusan bakat
Efikasi kendiri
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Sep-2021
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengurusan bakat yang berkaitan dengan kaedah pengenalpastian bakat, pembangunan bakat dan budaya bakat yang diamalkan oleh pengetua serta efikasi kendiri yang berkaitan dengan kemahiran membuat keputusan, kecekalan dan peningkatan prestasi guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Malaysia. Kerangka kajian ini dibina berdasarkan Model Pengurusan Bakat Dalam Pendidikan (Davies & Davies 2010) dan Model Efikasi Kendiri (Bandura 1995, 1997 & 2000). Kajian ini turut meninjau sama ada terdapat perbezaan aspek-aspek dalam pengurusan bakat dan efikasi kendiri guru mengikut jantina dan tempoh pengalaman mengajar. Selain itu, kajian ini mengenal pasti sejauh mana pengaruh aspek-aspek dalam pengurusan bakat terhadap efikasi kendiri guru. Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian utama. Hasil kajian rintis mendapati indeks kebolehpercayaan Alpha Cronbach adalah tinggi iaitu di antara 0.982 hingga 0.984 bagi keseluruhan konstruk. Responden kajian ini melibatkan 500 orang guru dari 57 buah SMKA di seluruh Malaysia yang dipilih secara rawak berstrata mengikut zon. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengurusan bakat yang diamalkan oleh pengetua di SMKA secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana tinggi. Analisis terperinci dalam pengurusan bakat pula mendapati aspek pembangunan bakat adalah pada tahap tinggi, namun bagi aspek pengenalpastian bakat dan budaya bakat adalah pada tahap sederhana tinggi sahaja. Bagi tahap efikasi kendiri guru pula, dapatan kajian secara keseluruhannya adalah pada tahap tinggi. Namun begitu, bagi aspek kemahiran membuat keputusan adalah pada tahap sederhana tinggi. Analisis MANOVA Dua Hala bagi aspek pengenalpastian bakat, pembangunan bakat dan budaya bakat menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan mengikut jantina. Namun tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan pengalaman mengajar. Namun, data menunjukkan terdapat kesan interaksi yang signifikan bagi Efikasi Kendiri Guru dari aspek peningkatan prestasi berdasarkan jantina dan pengalaman di mana guru perempuan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun menunjukkan prestasi yang tinggi berbanding dengan guru lelaki yang mempunyai tempoh pengalaman yang sama. Bagi efikasi kendiri guru dari aspek kemahiran membuat keputusan, kecekalan dan peningkatan prestasi menunjukkan hanya terdapat perbezaan yang signifikan mengikut tempoh pengalaman mengajar. Dapatan analisis regresi berganda menunjukkan bahawa budaya bakat merupakan faktor yang paling dominan menyumbang kepada efikasi kendiri guru iaitu sebanyak 40.2 peratus. Justeru, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mengambil kira faktor-faktor berkaitan jantina dan tempoh pengalaman mengajar dalam meningkatkan kecemerlangan pengurusan bakat dan efikasi kendiri guru khususnya di peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Malaysia.,Ph.D
Pages: 342
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124266+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.08 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.