Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488057
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Izham Mohd Hamzah, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Julian@Juliana George Jette (GP01566) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:36:40Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:36:40Z | - |
dc.date.issued | 2021-08-23 | |
dc.identifier.other | ukmvital:124259 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488057 | - |
dc.description | Keperluan gaya kepimpinan yang lebih relevan seperti kepimpinan instruksional secara signifikan memberi impak terhadap prestasi kerja PdPc guru dan kemenjadian murid Namun di sebalik perubahan kurikulum tanggungjawab guru besar sebagai pemimpin instruksional lebih mencabar lagi dalam menjadikan kemenjadian murid secara holistik selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru itu, maka objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan instruksional guru besar di sekolah kajian. Seterusnya kajian ini juga untuk mengenal pasti tahap prestasi kerja PdPc guru dan juga untuk mengenal pasti tahap kemenjadian murid. Sementara itu, objektif kajian juga untuk mengetahui jurang perbezaan amalan kepimpinan instruksional berdasarkan pada gred sekolah, mata pelajaran kritikal dan latihan NPQEL. Objektif terakhir adalah untuk mengenal pasti pengaruh amalan kepimpinan instruksional terhadap prestasi kerja PdPc guru dan kemenjadian murid. Kaedah kajian ini menggunakan kuantitatifserta satu set soalselidik diedarkan pada 300 sampel terdiri dari kalangan guru besar yang dipilih secara rawak berstrata di sekolah rendah luar bandar negeri Sarawak. Kajian ini menggunakan SPSS versi 22.0 untuk menganalisis data. Keputusan dapatan deskriptif data berdasarkan pada tiga dimensi kepimpinan instruksional di mana masing-masing adalah pada tahap sederhana. Sementara itu, prestasi kerja PdPc guru melalui aspek perancangan PdPc pada tahap sederhana, manakala pelaksanaan PdPc dan pentaksiran PdPc adalah pada tahap tinggi. Seterusnya, dapatan inferensi dengan menggunakan Anova satu hala mendapati terdapat perbezaan amalan kepimpinan instruksional guru besar berdasarkan gred sekolah. Namun tidak terdapat perbezaan yang signifikan amalan kepimpinan instruksional guru besar berdasarkan pada mata pelajaran kritikal dan kelayakan latihan NPQEL Sementara itu keputusan analisis regresi mendapati faktor penyumbang amalan kepimpinan instruksional kepada prestasi kerja PdPc guru adalah melalui dimensi mengurus program instruksional dan dimensi membentuk iklim sekolah positif Manakala, faktor penyumbang amalan kepimpinan instruksional terhadap kemenjadian murid adalah melalui dimensi membentuk iklim sekolah positif. Sebagai kesimpulan, kajian ini memberi implikasi yang tinggi terhadap tanggungjawab guru besar dalam kepimpinan instruksional bagi memastikan kualiti kemenjadian murid dan prestasi kerja PdPc guru, sesuai dengan perubahan kurikulum. Justeru, dicadangkan guru besar berpengetahuan tinggi dalam kepimpinan instruksional di tempatkan di pelbagai gred sekolah luar bandar. Manakala, calon guru besar yang mengikuti latihan NPQEL perlu dipertingkatkan lagi kemahiran dalam kepemimpinan instruksional. Hal ini adalah untuk mengupayakan kepimpinan instruksional guru besar dalam mempengaruhi kompetensi PdPc guru selain itu untuk mempengaruhi kemenjadian murid dari aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah murid.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Kepimpinan instruksional | |
dc.subject | Guru besar -- Sarawak | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kepimpinan instruksional guru besar dan impaknya terhadap prestasi kerja guru dan kemenjadian murid di Sarawak | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 249 | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_124259+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.29 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.