Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488056
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Wan Muna Ruzanna, Dr. | |
dc.contributor.author | Khawidah Abd Samad (P91568) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:36:39Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:36:39Z | - |
dc.date.issued | 2021-08-25 | |
dc.identifier.other | ukmvital:124256 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488056 | - |
dc.description | Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang sukar dikuasai kerana melibatkan keupayaan kognitif yang perlu dimanipulasikan secara optimum yang perlu dikuasai oleh murid bagi mendapatkan hasil penulisan yang baik. Penyelidikan ini bukan sahaja untuk meninjau pengaplikasian dan meneroka amalan motor pembelajaran kemahiran menulis dalam penulisan karangan Bahasa Melayu, malah untuk melihat hubungan dan sumbangan ke atas tahap penguasaan kemahiran menulis murid tingkatan empat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, Johor dan Kelantan dengan menggunakan reka bentuk gabungan, iaitu reka bentuk penjelasan berikutan. Bagi memperoleh data kuantitatif, kaedah tinjauan telah digunakan dan dijalankan ke atas 429 orang responden dengan menggunakan borang soal selidik yang terdiri daripada empat konstruk utama motor pembelajaran kemahiran menulis iaitu motor perancangan, motor logik, motor memori dan motor tindakan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the social science (SPSS) 23 dan dapatan menunjukkan bahawa motor logik memperoleh nilai skor min paling tinggi berbanding motor pembelajaran kemahiran menulis yang lain dengan nilai skor min 3.56 dan sisihan piawai 0.704. Bagi meneroka amalan motor pembelajaran kemahiran menulis, kaedah analisis dokumen dan temu bual semi struktur telah digunakan bagi menjelaskan lagi dapatan kajian secara kuantitatif. Sebanyak 23 sampel penulisan karangan telah dianalisis dan 11 peserta kajian telah ditemu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keempat-empat motor pembelajaran kemahiran menulis saling berkait antara satu sama lain dan dapatan ini telah dikukuhkan lagi dengan dapatan daripada ujian korelasi Pearson (r) yang mendapati bahawa terdapatnya hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah bebas motor pembelajaran kemahiran menulis dengan pemboleh ubah bersandar tahap penguasaan kemahiran menulis murid secara positif pada tahap kuat. Manakala, hasil daripada ujian regresi berganda pula mendapati bahawa motor logik merupakan pemboleh ubah bebas tertinggi yang memberi sumbangan ke atas tahap penguasaan kemahiran menulis murid dan analisis SEM juga menunjukkan bahawa motor pembelajaran kemahiran menulis mempunyai hubungan positif yang signifikan secara statistik dengan tahap penguasaan kemahiran menulis murid tingkatan empat. Justeru, pengaplikasian motor pembelajaran kemahiran menulis dapat membantu murid meningkatkan tahap penguasaan dalam penulisan karangan dan teori ini dapat dijadikan panduan kepada guru dalam membetulkan motor pembelajaran murid yang lebih lemah dan membantu murid mengatasinya supaya murid dapat menulis karangan dengan menggunakan idea yang tersusun dan sekali gus mencapai tahap penguasaan kemahiran menulis yang diharapkan.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Kemahiran menulis | |
dc.subject | Bahasa Melayu -- Pengajaran dan pembelajaran | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Hubungan rangkaian motor pembelajaran dengan pencapaian kemahiran penulisan karangan murid tingkatan empat | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 524 | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_124256+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 9.08 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.