Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488052
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohamad Sattar Rasul, Prof. Ts. Dr. | |
dc.contributor.author | Nurin Asyikin Ahmad (P90360) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:36:33Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:36:33Z | - |
dc.date.issued | 2021-09-17 | |
dc.identifier.other | ukmvital:124247 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488052 | - |
dc.description | Politeknik dan Kolej Komuniti (2018-2025) bagi melahirkan usahawan teknikal yang mampu berdaya saing dan memenuhi tuntutan global. Namun, masih terdapat isu dan cabaran dalam pengembangan keusahawanan pelajar Kolej Komuniti seperti kekurangan pengetahuan, kepelbagaian kemahiran dan ketidakupayaan dalam meneroka bidang keusahawanan perlu ditangani. Maka, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti indikator dan membangunkan Model Kompetensi Usahawan Teknikal dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti. Pembinaan model ini untuk memandu tenaga pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menerapkan kompetensi dan pendedahan proses keusahawanan terhadap pelajar. Reka bentuk kajian adalah kaedah campuran dengan menggunakan reka bentuk urutan penjelasan (Sequential Explanatory Design) yang melibatkan (i) pembangunan indikator dan (ii) reka bentuk dan pembangunan model. Bagi pembangunan indikator, pendekatan Modified Delphi Technique (MDT) diaplikasikan dengan melibatkan 12 pakar yang terdiri daripada pensyarah Kolej Komuniti, politeknik, IPG dan usahawan teknikal. Bagi reka bentuk dan pembangunan model melibatkan dua pendekatan iaitu Nominal Group Technique (NGT) dan Interpretive Structural Modeling (ISM). Pendekatan Nominal Group Technique (NGT) digunakan bagi mengenal pasti elemen dalam komponen utama menerusi persetujuan panel pakar yang terdiri daripada sembilan pakar dalam sesi perbengkelan yang dijalankan. Manakala Interpretive Structural Modeling (ISM) digunakan bagi pembangunan model melalui undian yang terdiri daripada sembilan pakar. Dapatan keseluruhan kajian menunjukkan sebanyak tiga indikator iaitu kompetensi keusahawanan, proses keusahawanan dan strategi pengajaran dan pembelajaran serta 10 sub indikator telah terbentuk dan dikenal pasti bagi pembangunan usahawan teknikal. Seterusnya, sebanyak 61 elemen akhir telah dipilih dan dipersetujui barisan pakar sebagai elemen dalam model kompetensi usahawan teknikal menerusi sesi perbengkelan NGT. Kesemua elemen yang dinilai disusun mengikut keutamaan menerusi undian pakar menggunakan pendekatan ISM dengan bantuan perisian Concept Star. Pembangunan model yang terhasil daripada pendekatan ISM merupakan struktur model rangkaian hubungan setiap elemen. Model yang terhasil ini terdiri daripada gabungan sepuluh komponen sub model iaitu model kompetensi teknikal, model kompetensi mengurus, model kompetensi personal, model niat keusahawanan, model idea keusahawanan, model penerokaan peluang keusahawanan, model sumber perniagaan, model mengurus dan mengembangkan model pembelajaran berasaskan masalah dan model keupayaan tenaga pengajar. Dapatan kajian ini dilihat menyumbang kepada pengukuhan teori kompetensi keusahawanan di mana faktor pendidikan bertindak dalam pembangunan kompetensi keusahawanan pelajar. Implikasi kajian juga dapat memberi panduan kepada tenaga pengajar untuk merangka strategi PdP keusahawanan dengan menerapkan elemen kompetensi keusahawanan yang bertepatan serta proses keusahawanan di samping memperkukuh Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti (2018-2025).,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Keusahawanan | |
dc.subject | Usahawan teknikal | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pembinaan indikator dan pemodelan interpretasi berstruktur kompetensi usahawan teknikal Kolej Komuniti | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 392 | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_124247+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.26 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.