Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488051
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Shahlan Surat, Dr. | - |
dc.contributor.author | Zalifah Sidek (P88398) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:36:32Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:36:32Z | - |
dc.date.issued | 2021-08-17 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:123515 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488051 | - |
dc.description | Guru yang sihat emosi dan fizikal dapat melahirkan persekitaran pembelajaran yang sihat dan menyeronokkan serta menghasilkan kesejahteraan kerja yang baik. Dorongan dan motivasi diperlukan guru untuk mengekalkan kesejahteraan kerja dan memberikan kualiti kerja yang baik. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesejahteraan kerja dalam kalangan guru kesan daripada tekanan tuntutan kerja yang dihadapi dalam kerja seharian guru. Kajian ini juga mengkaji sumber daya kerja sebagai sumber motivasi dan sokongan kepada persekitaran kerja guru mendorong kepada kesejahteraan kerja dalam kalangan guru. Kajian juga mengkaji efikasi profesional sebagai pengantara atau mediator antara tuntutan kerja dengan sumber daya kerja terhadap kesejahteraan kerja guru. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kaedah tinjauan. Teknik pensampelan rawak berstrata berkadaran digunakan bagi menentukan responden kajian. Seramai 460 orang guru terdiri daripada guru sekolah menengah kebangsaan dalam senarai sekolah hotspot di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dipilih secara sistem penomboran. Instrumen soal selidik digunakan bagi tuntutan kerja daripada development and validation of three- factor student misbehavior scale dan development and validation of instruments of teachers' workload. Instrumen sumber daya kerja daripada development and factor analysis of the teacher job satisfaction questionnaire (TJSQ) dan student teacher relationship scale, instrumen kesejahteraan kerja guru daripada Masclach Inventory Educator Survey (MBI-ES) dan TJSQ, dan instrumen efikasi profesional pula daripada the teachers' sense of efficacy scale. Sebanyak 128 item digunakan dalam soal selidik. Hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap kesejahteraan kerja guru secara keseluruhan berada pada tahap sederhana rendah. Seterusnya ujian MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tuntutan kerja dengan jantina, tuntutan kerja dengan pengalaman kerja, sumber daya kerja dengan jantina, dan efikasi profesional dengan jantina. Dapatan kajian juga mendapati tiada terdapat perbezaan yang signifikan sumber daya kerja dengan pengalaman kerja dan efikasi profesional dengan pengalaman kerja. Analisis ujian SEM mendapati tuntutan kerja tidak mempunyai hubungan yang signifikan terhadap efikasi professional tetapi sumber daya kerja mempunyai hubungan signifikan dengan efikasi profesional. Hasil kajian juga menunjukkan tuntutan kerja tidak menyumbang kepada kemerosotan kesejahteraan kerja guru tetapi sumber daya kerja guru menunjukkan faktor yang mempengaruhi kepada kesejahteraan kerja dalam kalangan guru. Analisis SEM juga mendapati efikasi professional menjadi mediasi penuh antara tuntutan kerja dan kesejahteraan kerja guru. Dapatan juga menunjukkan tiada kesan mediasi efikasi professional antara sumber daya kerja dan kesejahteraan kerja. Implikasi kajian ini memberi satu pengetahuan bahawa sokongan dan motivasi lebih berkesan memberi kesejahteraan dalam kerja dan keseronokan kerja kepada guru-guru. Kesimpulannya sumber sokongan daripada persekitaran tempat kerja banyak memberi kesan positif kepada kerja-kerja guru walaupun bebanan dan masalah pelajar memberi tekanan dalam seharian mereka bekerja.,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Guru | - |
dc.subject | Tuntutan kerja | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Hubungan tuntutan kerja, sumber daya kerja dan efikasi profesional terhadap kesejahteraan kerja guru | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 446 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123515+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 3.33 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.