Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488048
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Aliza Alias, Dr. | |
dc.contributor.author | Kamala Ratnam (P74699) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:36:29Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:36:29Z | - |
dc.date.issued | 2021-08-15 | |
dc.identifier.other | ukmvital:123513 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488048 | - |
dc.description | Kemahiran sosial dan emosi perlu dikuasai oleh murid di peringkat prasekolah termasuklah, murid berkeperluan khas kerana kemahiran ini merupakan asas kepada pembelajaran dan perkembangan seseorang murid. Salah satu cara untuk menerapkan kemahiran sosial dan emosi ialah melalui pengajaran perbualan pagi. Sesi perbualan pagi diperuntukkan masa selama 20 minit setiap hari dengan tujuan untuk menyediakan murid dari segi mental dan emosi untuk mengikuti pembelajaran dengan lebih berfokus serta meningkatkan kemahiran sosial dan menggalakkan penglibatan murid dalam pembelajaran secara aktif. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru, pelaksanaan aktiviti perbualan pagi serta mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan perbualan pagi di Kelas Prasekolah Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran (PPKIP) di Malaysia. Kajian yang dijalankan ini adalah berasaskan kepada komponen kemahiran sosial dan emosi yang terkandung di dalam Collaborative for Academic, Social and Emotional Learning Framework (CASEL). Antara komponennya adalah kemahiran pengurusan diri, kemahiran kesedaran kendiri, kemahiran membuat keputusan, kemahiran kesedaran sosial serta kemahiran membina hubungan. Kajian ini menggunakan reka bentuk urutan penjelasan (Sequential Explanatory Design) yang dimulakan dengan kajian kuantitatif terlebih dahulu kemudiannya diikuti dengan kajian kualitatif. Fasa pertama menggunakan pendekatan kuantitatif dan fasa kedua adalah pendekatan kualitatif. Bagi fasa pertama yang menggunakan pendekatan kuantitatif, 120 orang guru terlibat sebagai responden kajian. Manakala, bagi fasa kedua pula terdapat sebanyak 9 orang peserta kajian yang dipilih berdasarkan analisis di fasa satu. Data diperoleh daripada soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru memainkan peranan yang amat penting dalam merancang dan menjalankan aktiviti perbualan pagi. Namundapatan kajian menunjukkan bahawa guru kurang berkeyakinan serta memerlukan latihan dan kursus pelaksanaan aktiviti perbualan pagi termasuk kursus pembinaan bahan bantu mengajar (BBM) serta kursus pengurusan tingkah laku murid. Kajian ini menyimpulkan bahawa walaupun guru mempunyai pengetahuan yang tinggi, namun dari segi pelaksanaan mereka masih memerlukan bimbingan untuk melaksanakan aktiviti perbualan pagi. Kajian ini berpotensi untuk menjadi panduan kepada Guru Prasekolah Pendidikan Khas Pembelajaran mengenai aktiviti perbualan pagi yang dapatdijalankan serta cara melaksanakan aktiviti perbualan pagi dalam bilik darjah. Justeru melaluisesi perbualan pagi, perkembangan kemahiran sosial dan emosi dalam kalanganmurid perlu diterapkan oleh guru dalam usaha meningkatkan perkembangan kanak- kanak ke tahap optimum secara holistik. Bagi mencapai hasrat tersebut peningkatan profesionalisme guru melalui latihan yang berterusan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan dalam pengamalan di bilik darjah diperlukan seiring dengan pemantauan yang berterusan.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Prasekolah pendidikan khas | |
dc.subject | Kemahiran sosial | |
dc.subject | Pengajaran dan pembelajaran | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Penerapan kemahiran sosial dan emosi dalam aktiviti perbualan pagi guru prasekolah pendidikan khas integrasi pembelajaran (PPKIP) di Malaysia | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 307 | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123513+SOURCE1+SOURCE1.2.PDF Restricted Access | 4.12 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.