Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488044
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorshidah Mohamad Salleh, Dr.
dc.contributor.authorRubashini Ramakrishnan (P92447)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:36:22Z-
dc.date.available2023-10-11T09:36:22Z-
dc.date.issued2021-07-13
dc.identifier.otherukmvital:123130
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488044-
dc.descriptionKompetensi adalah elemen yang perlu dikuasai oleh warga pendidik bagi mencapai kecemerlangan dalam profesion keguruan. Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan, gaya pengajaran dan efikasi kendiri dapat membantu dalam meningkatkan kompetensi guru. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan teknologi pedagogi kandungan, gaya pengajaran, efikasi kendiri dan kompetensi guru di sekolah menengah pendidikan khas vokasional. Kajian turut menganalisis perbezaan opsyen pendidikan guru serta menguji hubungan dan pengaruh setiap pemboleh ubah. Kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini dengan mengedarkan soal selidik kepada 229 sampel kajian di 4 buah sekolah menengah pendidikan khas vokasional. Instrumen yang digunakan adalah Technological Pedagogical and Content Knowledge (TPACK), Grasha Teaching Style, Teacher Sense of Efficacy Scale (TSES) dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2). Pemilihan sampel adalah secara persampelan rawak strata berkadar diikuti dengan kaedah persampelan rawak mudah. Analisis data kajian adalah menggunakan perisian SPSS dan PLS-SEM. Analisis deskriptif mendapati min bagi pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (3.95), gaya pengajaran (pakar = 5.40; autoriti formal = 5.44; model = 5.48; fasilitator = 5.51; delegator 5.37), efikasi kendiri (6.92) dan kompetensi (4.12) berada pada tahap yang tinggi. Hasil analisis inferensi mendapati guru dari opsyen dan bukan opsyen pendidikan khas memiliki pengetahuan teknologi pedagogi kandungan, gaya pengajaran, efikasi kendiri dan kompetensi yang sama. Analisis PLS-SEM pula mendapati pengetahuan teknologi pedagogi kandungan mempunyai hubungan positif terhadap kompetensi guru dan gaya pengajaran (model; fasilitator; delegator) pula mempunyai hubungan positif terhadap efikasi kendiri guru. Begitu juga dengan efikasi kendiri yang turut mempunyai hubungan positif terhadap kompetensi guru. Selain itu, efikasi kendiri adalah perantara penuh antara hubungan gaya pengajaran (model; fasilitator; delegator) dengan kompetensi. Kesimpulannya, diharapkan dapatan kajian ini digunakan untuk penghasilan cadangan kerangka kompetensi guru di sekolah menengah pendidikan khas vokasional.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectKompetensi guru
dc.subjectPengajaran dan pembelajaran
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengetahuan teknologi pedagogi kandungan, gaya pengajaran dan efikasi kendiri terhadap kompetensi guru sekolah menengah pendidikan khas vokasional
dc.typeTheses
dc.format.pages354
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123130+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.34 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.