Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488043
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRosadah Abd Majid, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorSalwa Kamisan (P82928)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:36:21Z-
dc.date.available2023-10-11T09:36:21Z-
dc.date.issued2021-07-29
dc.identifier.otherukmvital:123129
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488043-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk meninjau kepuasan ibu bapa terhadap perkhidmatan intervensi awal bagi kanak-kanak autism spectrum disorder (ASD) atau kecelaruan spektrum autisme berdasarkan jenis perkhidmatan dan kepuasan terhadap perkhidmatan intervensi awal yang diterima. Kajian ini juga turut melihat perbezaan kepuasan ibu bapa terhadap perkhidmatan intervensi awal bagi kanak-kanak ASD berdasarkan faktor demografi. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Kajian ini melibatkan seramai 68 orang responden terdiri daripada ibu bapa yang dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Penumpuan diberikan kepada responden yang mempunyai anak ASD berumur antara dua hingga lapan tahun dari tujuh buah pusat latihan kanak-kanak berkeperluan khas yang dikelolakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Johor Bahru, Johor. Data dianalisis secara deskriptif melibatkan kekerapan dan peratusan serta secara inferensi melibatkan ujian ANOVA sehala. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jenis perkhidmatan intervensi awal yang paling kerap diterima oleh kanak-kanak ASD ialah terapi pertuturan. Secara keseluruhan, ibu bapa berpuas hati terhadap perkhidmatan intervensi awal yang diterima oleh kanak-kanak ASD. Berdasarkan analisis ujian ANOVA sehala menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan ibu bapa terhadap perkhidmatan intervensi awal bagi kanak-kanak ASD berdasarkan umur ibu bapa [F(3, 64) = 1.568, sig. = 0.206 (p>0.05)], tahap pendidikan [F(2, 65) = 0.152, sig. = 0.859 (p>0.05)] dan pendapatan bulanan [F(2, 65) = 0.941, sig. = 0.395 (p>0.05)]. Justeru itu, kajian ini memberi implikasi penting kepada ibu bapa yang mempunyai anak ASD. Antaranya, ibu bapa perlu menghantar kanak-kanak ASD ke terapi pertuturan seawal yang mungkin. Seterusnya, perancangan masa hadapan dalam perkhidmatan intervensi awal.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectKecelaruan spektrum autisme (ASD)
dc.subjectIntervensi awal
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKepuasan ibu bapa terhadap perkhidmatan intervensi awal bagi kanak-kanak kecelaruan spektrum autisme (ASD)
dc.typeTheses
dc.format.pages174
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123129+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.99 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.