Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488041
Title: | Penilaian pelaksanaan kurikulum Sejarah Menengah Rendah tingkatan 2 |
Authors: | Ahamad Rahim (P48418) |
Supervisor: | Abdul Razaq Ahmad, Prof. Madya Dato' Dr. |
Keywords: | Dissertations, Academic -- Malaysia History -- Study and teaching (Secondary) -- Malaysia |
Issue Date: | 20-May-2012 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan kurikulum Sejarah Menengah Rendah di sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Kajian ini menggunakan Model Penilaian CIPP yang melibatkan dimensi input, proses dan produk. Penilaian input merujuk kepada kandungan buku teks, pengetahuan pedagogi guru dan kemudahan prasarana. Penilaian proses merujuk kepada pembelajaran aktif yang merangkumi aspek perancangan pengajaran dan pembelajaran, proses pembelajaran aktif dan pemantauan kurikulum. Penilaian produk pula merupakan matlamat Pendidikan Sejarah. Sampel kajian terdiri daripada 147 orang guru dan 1441 orang pelajar. Kajian ini mengguna instrumen soal selidik bagi menilai dimensi input, proses dan produk. Kesahan soal selidik guru dan pelajar diukur melalui korelasi nilai item dan rujukan pakar manakala indeks kebolehpercayaan menggunakan nilai Alpha Cronbach. Secara keseluruhannya indek kebolehpercayaan bagi setiap komponen dalam soal selidik ini adalah antara 0.788 hingga 0.944. Statistik deskriptif menggunakan skor min dan sisihan lazim. Sementara statistik inferensi pula melibatkan Ujian Mann-Whitney, Ujian-t, ANOVA, MANOVA, Korelasi Pearson dan Regresi Berganda. Secara keseluruhannya pandangan guru-guru terhadap kandungan buku teks masih di tahap yang tinggi. Walau bagaimanapun pandangan guru terhadap konstruk pengetahuan pedagogi, kemudahan prasarana, perancangan pengajaran dan pembelajaran dan pembelajaran aktif berada di tahap sederhana. Skor min pemantauan kurikulum pula berada di tahap rendah. Bagi pandangan pelajar, ke semua konstruk yang diukur memperlihatkan nilai min di tahap yang sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan perspektif guru terhadap kandungan buku teks berdasarkan lokasi sekolah. Perspektif guru terhadap kandungan buku teks, pengetahuan pedagogi guru dan kemudahan prasarana adalah signifikan berdasarkan pengalaman mengajar. Jika dinilai dari aspek hubungan komponen input dengan proses, kesemua konstruk yang diukur menunjukkan hubungan yang rendah. Manakala hubungan antara kandungan buku teks dengan pembelajaran aktif di tahap sederhana. Analisis regresi stepwise menunjukkan pengetahuan pedagogi menyumbang sebanyak 22% dan kemudahan prasarana 11% kepada keberkesanan pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam bilik darjah. Proses pembelajaran aktif turut menyumbang kepada pencapaian aspek produk dengan nilai sumbangan sebanyak 40% dan kandungan buku teks sebanyak 9%. Implikasi kajian ini adalah untuk mencapai keberkesanan pelaksanaan kurikulum Sejarah kandungan buku teks yang diguna perlu bersifat interaktif dan futuristik. Program latihan guru Sejarah perlu dipertingkatkan lagi. Pihak pentadbir perlu menambah peruntukan kewangan bagi panitia Sejarah. Peruntukan waktu mengajar mata pelajaran Sejarah juga hendaklah di tambah dari 3 waktu kepada 5 waktu seminggu. Guru-guru Sejarah perlu diberi "retraining" tentang matlamat Pendidikan Sejarah untuk meningkatkan kefahaman mereka.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D |
Pages: | 378 |
Call Number: | D16.4.M4A373 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121280+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.96 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.