Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488032
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJainabee Kassim, Dr.
dc.contributor.authorSamsu (P42826)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:36:09Z-
dc.date.available2023-10-11T09:36:09Z-
dc.date.issued2012-04-18
dc.identifier.otherukmvital:120955
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488032-
dc.descriptionKepimpinan partisipatif penting untuk mempengaruhi perubahan dalam sesebuah organisasi. Justeru, satu kajian telah dijalankan bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kepimpinan partisipatif dan prestasi kerja pensyarah di tiga buah universiti daerah Jambi, Indonesia iaitu IAIN Sulthan Thaha Saifuddin Jambi, Universiti Jambi dan Universiti Batanghari. Kerangka konseptual kajian diubah suai dari Barry. Kepimpinan partisipatif dikaji berdasarkan enam elemen iaitu (i) delegasi, (ii) perjumpaan kumpulan, (iii) pasukan kerja, (iv) pasukan penambahbaikan kualiti, (v) pasukan penambahbaikan proses dan (vi) pasukan penambahbaikan projek. Seramai sembilan orang kumpulan pentadbir dan 394 orang pensyarah diambil sebagai sampel kajian bagi ketiga-tiga universiti. Kajian ini menggabungkan kaedah kuantitatif (tinjauan) dan kualitatif (temu bual). Data dianalisis menggunakan min, sisihan piawai, korelasi, regresi, ANOVA dan Nvivo 7. Pada keseluruhannya kajian mendapati kepimpinan partisipatif sedia ada di IAIN Sulthan Thaha Saifuddin Jambi dan Universiti Jambi dipersetujui pada tahap sederhana, tetapi di Universiti Batanghari adalah tinggi. Bagi kepimpinan partisipatif yang diingini ketiga-tiga universiti inginkan kepimpinan partisipatif pada tahap sangat tinggi. Kajian turut mendapati prestasi kerja pensyarah secara keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi. Secara keseluruhannya, terdapat perbezaan yang signifikan dalam keenam-enam elemen kepimpinan partisipatif sedia ada antara IAIN Sulthan Thaha Saifuddin Jambi, Universiti Jambi dan Universiti Batanghari. Bagi kepimpinan partisipatif yang diingini pula, kajian mendapati elemen pasukan penambahbaikan proses adalah tidak signifikan. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara prestasi kerja pensyarah ketiga-tiga universiti tersebut. Kajian juga menunjukkan bahawa di IAIN Sulthan Thaha Saifuddin Jambi, terdapat hubungan yang signifikan antara tiga daripada enam elemen kepimpinan parsitipatif yang sedia ada dengan prestasi kerja pensyarah, manakala bagi yang diingini, hubungan adalah signifikan hanya dengan elemen pasukan penambahbaikan projek. Di Universiti Jambi, kepimpinan partisipatif sedia ada dan diingini adalah tidak signifikan dalam semua elemen. Bagi Universiti Batanghari, hubungan semua elemen kepimpinan parsitipatif sedia ada adalah signifikan kecuali elemen pasukan penambahbaikan proses, manakala bagi yang diingini, semua elemen adalah tidak signifikan. Kajian juga menjelaskan elemen pasukan kerja menyumbang 31.8 peratus kepada prestasi kerja pensyarah di Universiti Batanghari, manakala elemen penambahbaikan kualiti menyumbang 7.3 peratus di IAIN Sulthan Thaha Saifuddin Jambi dan elemen perjumpaan kumpulan di Universiti Jambi menyumbang 3.0 peratus. Justeru, wajar bagi pihak pengurusan memberi perhatian terhadap kepimpinan partisipatif dan prestasi kerja pensyarah di universiti masing-masing, demi melonjakkan kecemerlangan pengurusan organisasi.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectLife skills -- Study and teaching (Higher)
dc.subjectCollege teachers -- Job satisfaction -- Indonesia
dc.titleKepimpinan partisipatif dan prestasi kerja pensyarah Universiti Daerah Jambi, Indonesia
dc.typeTheses
dc.format.pages310
dc.identifier.callnoLB2341.8.I5S239 2012 tesis
dc.identifier.barcode0046393 (2012)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120955+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
728.02 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.