Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488030
Title: Penilaian pelaksanaan program School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+) dalam meningkatkan kualiti guru dibimbing
Authors: Salefah Mat Salleh (P88424)
Supervisor: Norasmah Othman, Prof. Dr.
Keywords: Effective teaching
Motivation in education
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 27-May-2020
Description: Program School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+) merupakan program baharu yang diperkenalkan secara rasmi pada tahun 2014 di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Matlamat utama pelaksanaan program SISC+ adalah untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran guru di Malaysia. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan program SISC+ dalam mencapai objektif penubuhannya. Kajian penilaian ini menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai data utama dan dapatan kualitatif sebagai data sokongan dengan reka bentuk tinjauan. Penilaian ini dibuat dengan menggunakan Model CIPP yang menumpukan kepada dimensi input, dimensi proses dan dimensi produk yang telah dijustifikasikan. Instrumen kuantitatif yang digunakan ialah instrumen soal selidik menggunakan skala Likert lima mata. Responden terdiri daripada 400 orang guru yang terlibat dengan program SISC+ dari tahun 2014 hingga 2017 yang dipilih melalui kaedah persampelan berkelompok. Data dianalisis menggunakan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai serta analisis inferensi seperti Regresi Berganda (Stepwise). Manakala kaedah temu bual digunakan untuk mendapatkan data kualitatif dan penganalisisan data dibuat secara manual. Dapatan menunjukkan bahawa hanya dimensi input menunjukkan berada pada tahap tinggi, sebaliknya dimensi proses dan produk berada pada tahap sederhana. Walaupun penilaian input berada pada tahap tinggi, namun apabila diteliti setiap aspek didapati tahap pengetahuan SISC+ berada pada tahap sederhana sahaja. Aspek dimensi input yang berada pada tahap tinggi adalah terdiri daripada peranan, maklum balas, sifat peribadi dan suri teladan SISC+. Bagi penilaian dimensi proses, iaitu proses bimbingan pengajaran oleh SISC+ berada pada tahap sederhana. Begitu juga dengan penilaian produk menunjukkan berada pada tahap sederhana, iaitu terdiri daripada perubahan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan, kemahiran dan sikap setelah guru mendapat bimbingan daripada SISC+. Aspek yang menyumbang secara signifikan kepada pencapaian matlamat pelaksanaan program SISC+ dari segi dimensi proses ialah suri teladan dan sifat peribadi SISC+. Manakala sifat peribadi, suri teladan dan pengetahuan SISC+ (aspek nilai profesionalisme keguruan), sifat peribadi dan suri teladan SISC+ (aspek pengetahuan), suri teladan dan sifat peribadi SISC+ (aspek kemahiran), dan suri teladan, sifat peribadi dan peranan SISC+ (aspek sikap) menyumbang secara signifikan kepada pencapaian matlamat pelaksanaan program SISC+ dari segi dimensi produk. Hasil dapatan kajian ini menyimpulkan bahawa pada keseluruhannya tahap pencapaian matlamat pelaksanaan program SISC+ berada pada tahap sederhana. Pegawai SISC+ perlu mempertingkatkan pengetahuan terutama dalam aspek ICT, kemahiran berfikir aras tinggi dan pakar rujuk dalam bidang pedagogi supaya proses bimbingan dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan mampu meningkatkan kualiti guru di Malaysia. Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 360
Call Number: LB1025.3 .S235 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120674+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
2.1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.