Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488029
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Aderi Che Noh, Prof. Dr.
dc.contributor.authorNorma Jusof (P73072)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:36:07Z-
dc.date.available2023-10-11T09:36:07Z-
dc.date.issued2020-04-06
dc.identifier.otherukmvital:120672
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488029-
dc.descriptionPengajaran berpusatkan murid merupakan salah satu pendekatan yang sejajar dengan keperluan masa kini dalam melahirkan potensi murid. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk melihat tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Pendidikan Islam terhadap pengajaran berpusatkan murid serta untuk menentukan tahap pengetahuan atau kemahiran pelaksanaan yang bakal menyumbang ke atas sikap guru terhadap pengajaran berpusatkan murid. Kemudian dianalisis perbezaan ketiga-tiga pemboleh ubah ini berdasarkan kepada faktor demografi iaitu jantina, pengalaman mengajar dan lokasi sekolah. Akhirnya, sumbangan faktor-faktor peramal terhadap pemboleh ubah bersandar iaitu sikap guru turut diteliti. Seramai 500 orang guru pendidikan Islam daripada seluruh Semenanjung Malaysia dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai data utama. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisisan SPSS versi 22. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru (M=3.96), kemahiran (M=3.96) dan sikap guru (M=4.22) GPI berada pada tahap tinggi. Manakala analisis MANOVA mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara keseluruhan pengetahuan pengajaran berpusatkan murid dalam kalangan guru Pendidikan Islam berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar dan terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan pengajaran berpusatkan murid dalam kalangan guru Pendidikan Islam berdasarkan lokasi sekolah. Manakala terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan pengajaran berpusatkan murid dalam kalangan guru Pendidikan Islam berdasarkan lokasi sekolah. Seterusnya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran guru Pendidikan Islam dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid berdasarkan jantina dan terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran guru Pendidikan Islam dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid berdasarkan lokasi sekolah dan pengalaman mengajar. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap guru Pendidikan Islam dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid berdasarkan jantina dan terdapat perbezaan yang signifikan sikap guru Pendidikan Islam dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid berdasarkan lokasi sekolah dan pengalaman mengajar. Seterusnya, ujian korelasi Pearson menunjukkan hubungan yang signifikan antara hubungan pengetahuan (r = 0.470) dan kemahiran (r = 0.553). Pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid telah memberi sumbangan yang kuat kepada perubahan sikap seorang guru iaitu sebanyak 23.8 % (pengetahuan) dan 35.2% (kemahiran). Dapatan juga diharap dapat dijadikan panduan terutamanya kepada guru Pendidikan Islam, pihak sekolah, penggubal dasar, institusi pendidikan guru dan universiti serta kepada teori yang mendasarinya dan amalan pedagogi terutamanya pedagogi Pendidikan Islam.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectHigh school teaching
dc.subjectMuslims -- Education
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengetahuan, kemahiran dan sikap guru terhadap pengajaran berpusatkan murid dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan
dc.typeTheses
dc.format.pages280
dc.identifier.callnoLB1737.A3 N637 2020 tesis
dc.identifier.barcode004783(2020)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120672+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.68 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.