Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488026
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbu Yazid Abu Bakar, YBrs. Lt Kdr Dr.
dc.contributor.authorHazaila Hassan (P84009)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:36:04Z-
dc.date.available2023-10-11T09:36:04Z-
dc.date.issued2020-05-20
dc.identifier.otherukmvital:120671
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488026-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan Modul SELF-IE dan kesan intervensi psikologi kaunseling terhadap perubahan kendiri pegawai perkhidmatan awam berprestasi rendah. Lima sub-konstruk yang dikaji iaitu kestabilan emosi, psiko-spiritual, kemahiran sosial, kognitif serta penyesuaian tingkah laku. Responden yang terlibat ialah mereka yang mempunyai prestasi 70% ke bawah pada tahun 2017 dan menghadiri Program Kesejahteraan Diri yang dijalankan oleh kementerian yang terlibat. Kajian ini melibatkan 68 orang yang terdiri dari 33 orang untuk kumpulan kawalan dan 35 orang lagi adalah dari kumpulan eksperimen menjadi responden kajian ini menerusi sampel pelbagai tahap. Enam set Soal Selidik Kesejahteraan Diri (SSKD) diedarkan kepada dua kumpulan responden untuk menjalani ujian pra, ujian pasca dan ujian susulan. Analisis SPSS Versi 23.0 digunakan untuk menganalisis data kuantitatif menggunakan analisis MANOVA. Hasil analisis mendapati kesahan kandungan Modul SELF-IE memperolehi nilai kesahan 0.70 manakala 0.86 adalah nilai kebolehpercayaan yang diperolehi. Hasil dapatan objektif kedua pula mendapati terdapat perbezaan yang signifkan bagi lima sub-konstruk dalam ujian pasca bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Keputusan juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian susulan bagi sub-konstruk kemahiran sosial manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi sub-konstruk yang lain iaitu kestabilan emosi, psiko-spiritual, kognitif dan penyesuaian tingkah laku dalam ujian susulan tersebut berdasarkan kumpulan. Namun terdapat kesan mengikut perbezaan min. Kesimpulan dari kajian ini didapati bahawa Modul SELF-IE adalah modul yang baik dan boleh digunakan kerana mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Manakala intervensi yang dijalankan memberi kesan terhadap beberapa sub-konstruk dalam konstruk perubahan kendiri. Implikasi kajian ini ialah pengukuran ujian pra, ujian pasca dan ujian susulan menggunakan Modul SELF-IE sebagai intervensi dan Soal Selidik Kesejahteraan Diri dan mengukur kestabilan emosi, peningkatan tahap psiko-spiritual, meningkatkan kemahiran sosial, menyelaraskan pemikiran kognitif dan dapat menyesuaikan tingkah laku dengan baik selepas intervensi dijalankan. Hasil dari kajian ini, intervensi psikologi kaunseling melalui Modul SELF-IE yang dijalankan dapat memberi manfaat yang baik kepada organisasi, pegawai psikologi dan pegawai yang terlibat untuk mengurangkan risiko prestasi kerja rendah.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectPositive psychology
dc.subjectEthnopsychology
dc.subjectCivil service -- Malaysia
dc.subjectPublic administration -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleIntervensi psikologi kaunseling melalui Modul SELF-IE terhadap perubahan kendiri pegawai perkhidmatan awam berprestasi rendah
dc.typeTheses
dc.format.pages385
dc.identifier.callnoBF204.6 .H339 2020 tesis
dc.identifier.barcode004782(2020)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120671+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.