Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488023
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Isa Hamzah, Dr.
dc.contributor.authorMaizatul Suraya Muhammad Nor (P87533)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:36:01Z-
dc.date.available2023-10-11T09:36:01Z-
dc.date.issued2020-02-03
dc.identifier.otherukmvital:120659
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488023-
dc.descriptionPeranan guru pada hari ini tidak hanya terhad kepada penyampaian ilmu akademik semata-mata tetapi juga menerapkan kemahiran generik kepada pelajar bermula di peringkat sekolah lagi. Justeru, kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meneroka kaedah penerapan kemahiran generik di sekolah menengah kluster kebitaraan kokurikulum persatuan Agama Islam yang hanya memberi fokus kepada tiga elemen kemahiran generik iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran bekerja dalam kumpulan. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif deskriptif, data yang diperolehi melalui temu bual separa struktur, pemerhatian dan analisis dokumen. Kajian ini juga menggunakan bantuan perisian ATLAS.ti versi 8.2 dalam membantu memudahkan proses penyusunan data-data. Seramai lapan orang guru penasihat kokurikulum persatuan Agama Islam di empat buah sekolah menengah kluster kebitaraan kokurikulum persatuan Agama Islam di semenanjung Malaysia dipilih berdasarkan teknik persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan kaedah penerapan kemahiran komunikasi diterapkan melalui komunikasi secara lisan, bukan lisan dan komunikasi menggunakan teknologi maklumat komunikasi (TMK). Manakala, kaedah penerapan kemahiran menyelesaikan masalah pula diterapkan dengan kaedah galakan bertanya, percambahan minda, perbincangan isu kontroversi, wacana motivasi dengan hikmah, ketegasan, melalui situasi sebenar dan pemberian autonomi kepada pelajar. Bagi kaedah kemahiran bekerja dalam kumpulan pula guru-guru menerapkan kebolehan mencapai keputusan bersama, perkongsian tanggungjawab dalam penganjuran program persatuan, penganjuran aktiviti riadah secara berkumpulan, pembentukan amal jamaie melalui program usrah dan pemupukan nilai baik secara bersama. Justeru, kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan dalam menambah baik sistem pendidikan di Malaysia dengan memberi fokus kepada kaedah penerapan kemahiran generik terutama dalam bidang kokurikulum untuk menghasilkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectTeaching
dc.subjectTeacher-student relationships
dc.subjectLearning
dc.subjectPsychology of
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKaedah penerapan kemahiran generik di sekolah menengah kluster kebitaraan kokurikulum persatuan Agama Islam
dc.typeTheses
dc.format.pages465
dc.identifier.callnoLB1025.2.M335 2020 tesis
dc.identifier.barcode004772(2020)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120659+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
4.71 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.