Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488017
Title: Penilaian pelaksanaan kurikulum tamadun Islam dan tamadun Asia (TITAS) di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Authors: Nor Hayati Fatmi Talib (P53894)
Supervisor: Dr. Jamil Ahmad
Keywords: Islamic education-Curricula-Malaysia.
Curriculum evaluation-Malaysia.
Issue Date: 7-Oct-2014
Description: Kajian tinjauan ini bertujuan menilai pelaksanaan kurikulum TITAS di Politeknik KPTM berdasarkan model CIPP. Fokus kajian ini adalah: kerelevanan objektif kurikulum TITAS di politeknik KPTM dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Falsafah Pendidikan Islam (FPI), objektif penawaran dan kurikulum TITAS di IPTA serta isi kandungan TITAS di Politeknik; kesediaan pengetahuan, profesionalisme, keupayaan menggunakan alatan AVA dan keyakinan diri; kemudahan; pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (P & P); pemantauan; penilaian; hubungan dan kerjasama; dan produk impak, keberkesanan, kemampanan dan kebolehpindahan. Reka bentuk kajian adalah kaedah kuantitatif disokong oleh kualitatif menggunakan instrumen soal selidik pelajar, pensyarah dan lulusan politeknik, senarai semak dan protokol temu bual. Kajian melibatkan 127 pelajar, 8 pensyarah, 22 lepasan Politeknik serta 15 pakar kurikulum TITAS IPTA. Data Kuantitatif dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS manakala data kualitatif secara manual. Hasil kajian mendapati: kerelevanan objektif kurikulum TITAS Politeknik KPTM dengan objektif penawaran TITAS di IPTA dan FPI di tahap tinggi, dengan FPK dan objektif kurikulum TITAS di IPTA di tahap sangat tinggi, isi kandungan kurikulum TITAS di Politeknik KPTM pula berada di tahap sangat tinggi dan sederhana; aspek yang berada pada tahap sangat tinggi adalah keupayaan menggunakan AVA dan keyakinan diri, proses P & P, pemantauan dokumen kurikulum, hubungan dan kerjasama, keputusan penilaian, persepsi terhadap pelaksanaan, pembentukan sikap positif dan kebolehpindahan. Aspek yang berada pada tahap tinggi pula adalah kesediaan pengetahuan dan profesionalisme, kemudahan, penggunaan BBM, pemantauan P & P, penilaian TITAS, kepuasan dan pencapaian objektif. Aspek yang berada pada tahap sederhana pula adalah aspek kemudahan Pusat Sumber, alatan AVA dan modul dan pemantauan alatan akademik. Implikasinya, pelaksanaan kurikulum TITAS di Politeknik KPTM sangat baik namun boleh diberi penambahbaikan dari aspek: kerelevanan bagi objektif, isi kandungan kurikulum, latihan dalam perkhidmatan; kemudahan Pusat Sumber, alatan AVA dan modul, penggunaan BBM dan pemantauan alatan akademik.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 502
Call Number: LC910.M4N346 2014
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118708+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.51 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.