Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488013
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Saemah Rahman, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Rashidah Karnain (P86019) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:35:52Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:35:52Z | - |
dc.date.issued | 2020-01-22 | |
dc.identifier.other | ukmvital:118587 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488013 | - |
dc.description | Guru menghadapi cabaran dalam menghasilkan pelajar yang mempunyai kemahiran insaniah merangkumi kemahiran komunikasi, kolaboratif, berfikir secara kritis dan kreatif, serta nilai murni dan etika bagi mendepani cabaran abad ke-21. Ini kerana guru kurang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk mengaplikasi strategi pengajaran berpusatkan pelajar, kemahiran abad ke-21, dan metakognisi dalam pengajaran. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul latihan bagi meningkatkan kemahiran metakognitif guru dalam menerapkan kemahiran asas abad ke-21 melalui strategi pengajaran berpusatkan pelajar khususnya melalui pembelajaran koperatif dengan pengaplikasian ciri-cirinya. Kajian ini menggunakan kaedah Kajian Reka bentuk dan Pembangunan berasaskan model ADDIE yang melibatkan tiga fasa utama iaitu (1) Fasa Analisis Keperluan, (2) Fasa Reka bentuk dan Pembangunan, dan (3) Fasa Pelaksanaan dan Penilaian. Setiap fasa menggunakan kaedah pengumpulan dan penganalisisan data yang berbeza. Fasa analisis keperluan menggunakan kaedah pemerhatian ke atas 10 guru dan temu bual ke atas 3 guru yang dipilih secara bertujuan. Kajian mendapati guru kurang mahir melaksanakan strategi pengajaran berpusatkan pelajar, menerapkan kemahiran asas abad ke-21 melalui pengaplikasian pembelajaran koperatif dengan ciri-cirinya dan kemahiran metakognitif guru adalah pada tahap yang rendah. Fasa reka bentuk dan pembangunan melibatkan penyediaan bahan kandungan modul dan penilaian pakar bidang. Reka bentuk isi kandungan modul dibuat berdasarkan analisis keperluan, teori dan kajian literatur berkaitan. Kajian mendapati modul ini mempunyai kesahan isi kandungan dan kesahan kesesuaian sesi latihan yang baik, dan menepati sasaran pakar bidang. Dalam fasa pelaksanaan dan penilaian, pengujian kebolehgunaan ke atas modul dilakukan di dua seting berbeza melalui ujian lapangan. Seramai 16 guru terlibat dalam setiap seting bagi tujuan pengumpulan data melalui kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Dapatan pengujian kebolehgunaan modul menunjukkan pengetahuan metakognitif, regulasi metakognitif dan kemahiran metakognitif guru meningkat dalam pengajaran dan penerapan kemahiran asas abad ke-21. Secara keseluruhannya, kajian ini menghasilkan modul latihan kemahiran metakognitif M-PA21 yang dapat meningkatkan pengetahuan metakognitif, regulasi metakognitif dan kemahiran metakognitif guru dalam pengajaran berpusatkan pelajar iaitu melalui pengaplikasian pembelajaran koperatif dengan ciri-cirinya dan penerapan kemahiran asas abad ke-21. Produk kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru bagi merealisasikan transformasi pendidikan negara.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Thought and thinking -- Study and teaching | |
dc.subject | Learning | |
dc.subject | Psychology of | |
dc.subject | Metacognition | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pembangunan dan kebolehgunaan modul latihan kemahiran metakognitif guru (M-PA21) dalam pengajaran dan penerapan kemahiran asas abad ke-21 | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 394 | |
dc.identifier.callno | LB1590.3.R337 2020 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004618(2020) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118587+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 229.82 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.