Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488012
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorhayati Mohd Noor, Dr.
dc.contributor.authorNorazura Ahmad (P87355)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:35:48Z-
dc.date.available2023-10-11T09:35:48Z-
dc.date.issued2020-01-20
dc.identifier.otherukmvital:118576
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488012-
dc.descriptionKaunseling krisis merupakan intervensi yang dilaksanakan kepada klien krisis bencana untuk menstabilkan aspek emosi, kognitif dan tingkahlaku. Keberkesanan intervensi berkait rapat dengan kompetensi yang dimiliki oleh kaunselor dan keseluruhan proses intervensi yang dilakukan. Oleh itu, fokus kajian ini dijalankan untuk meneroka kompetensi kaunselor, proses pelaksanaan intervensi dan pendekatan intervensi kaunseling krisis bencana banjir menerusi tiga persoalan kajian iaitu: (i) Apakah kompetensi yang dimiliki oleh kaunselor dalam mengendalikan intervensi kaunseling krisis bencana banjir di Malaysia?; (ii) Bagaimanakah proses pelaksanaan intervensi kaunseling krisis bencana banjir di Malaysia?; dan (iii) Bagaimanakah pendekatan intervensi yang digunakan dalam mengendalikan kaunseling krisis bencana banjir di Malaysia?. Kajian penyelidikan kualitatif menggunakan reka bentuk kajian kes dalam kajian ini dipilih untuk menjawab persoalan kajian. Pengumpulan data menggunakan teknik temubual mendalam, analisis dokumen dan pemerhatian di lapangan. Seramai 13 orang peserta kajian yang dipilih mengikut kriteria yang ditetapkan di tiga agensi utama yang dipertangungjawabkan dalam pengurusan krisis bencana di Malaysia. Data dikumpul dan dianalisis secara tematik dengan menggunakan perisisn NVIVO 12 Plus. Kajian ini menemui 76 tema kompetensi kaunselor, 24 tema proses pelaksanaan dan 20 tema pendekatan intervensi dalam pelaksanaan intervensi kaunseling krisis bencana banjir di Malaysia. Kualiti peribadi yang dimiliki oleh kaunselor dilihat merentasi ketiga-tiga kompetensi utama iaitu kompetensi pengetahuan, kemahiran dan sikap. Kualiti peribadi merupakan elemen yang tepat sebagai pengerak kepada kaunselor melaksanakan setiap intervensi dengan hati dan jiwa. Kandungan kompetensi yang ditemui dapat digunakan oleh pelbagai pihak yang berkepentingan untuk pembangunan modul, garis panduan, ujian pengukuran, dan kurikulum kursus kearah peningkatan kompetensi kaunselor berdasarkan konseptual model kaunseling krisis bencana banjir yang dihasilkan.Kajian ini turut mengemukakan cadangan yang signifikan untuk mengembangkan penyelidikan kaunseling krisis bencana pada masa akan datang.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectCrisis intervention (Mental health services)
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKompetensi kaunselor, proses pelaksanaan dan pendekatan intervensi kaunseling krisis bencana banjir dalam kalangan kaunselor di Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages456
dc.identifier.callnoRC480.6.N637 2020 tesis
dc.identifier.barcode004611(2020)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118576+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.09 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.