Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488009
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSiti Mistima Maat, Dr.-
dc.contributor.authorMohd Razip Bajuri (P88303)-
dc.date.accessioned2023-10-11T09:35:45Z-
dc.date.available2023-10-11T09:35:45Z-
dc.date.issued2020-01-23-
dc.identifier.otherukmvital:118273-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488009-
dc.descriptionFenomena integrasi disiplin Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) merupakan fenomena global dalam dunia pendidikan. Namun begitu kurangnya kefahaman yang membina pemikiran terhadap konsep dan dimensi melibatkan aspek ontologi, epistemologi dan aksiologi STEM telah menyebabkan timbulnya masalah integriti setiap disiplin ilmu dalam disiplin STEM yang ingin ditonjolkan. Dalam hal tersebut, saintis universiti awam telah dikenal pasti antara mereka yang sinonim dengan pendekatan STEM melalui penggunaan pemodelan matematik. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan dengan sokongan teori metakognitif, konstruktivisme dan perkembangan kognitif sosial untuk meneroka Model Integrasi Disiplin STEM (MIDi-STEM) dalam kalangan saintis yang pernah menggunakan pemodelan matematik. Untuk tujuan tersebut kaedah kajian kualitatif bentuk fenomenologi dengan mengekalkan kepelbagaian konsep dan dimensi yang muncul telah digunakan. Melalui kaedah tersebut peserta kajian telah dipilih secara bertujuan dan satu set protokol yang mengandungi panduan temu bual separa struktur, senarai semak pemerhatian serta dokumen telah dihasilkan dan disemak oleh pakar. Teknik analisis tema berdasarkan strategi untuk menerbitkan konsep dan dimensi digunakan dalam membina MIDi-STEM. Dengan mengaplikasikan kaedah yang telah dipilih, tanda ketepuan data telah dicapai pada bilangan peserta yang ketujuh. Seterusnya melalui teknik perbandingan data secara berterusan, sebanyak enam konsep dan lapan dimensi telah muncul. Tiga daripadanya dalam bentuk konsep kerja manakala tiga lagi dalam bentuk konsep pemikiran manakala lapan dalam bentuk dimensi penghasilan. Dengan mengekalkan kepelbagaian konsep dan dimensi, kesemua konsep dan dimensi yang muncul telah melalui proses pengesahan Cohen Kappa oleh dua orang pakar. Corak konsep dan dimensi yang terhasil akhirnya menghasilkan binaan MIDi-STEM yang menghubungkan antara konsep dan dimensi melalui interaksi yang berkaitan. Seterusnya MIDi-STEM yang diperoleh telah mengimplikasikan dua sumbangan dari aspek badan pengetahuan. Sumbangan pertama menghasilkan teori substantif yang dapat menjangkakan perubahan dimensi melalui proses mempraktikkan konsep yang dicadangkan. Sumbangan kedua pula adalah dari aspek praktikal yang mana MIDi-STEM mencadangkan tema-tema dalam bentuk konsep dan dimensi yang boleh digunakan untuk membangunkan kurikulum, mereka bentuk kursus profesionalisme, merancang pengajaran dan pembelajaran dan menghasilkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran berkaitan integrasi disiplin STEM. Kesimpulannya, MIDi-STEM yang dihasilkan telah menawarkan penyelesaian terhadap permasalahan yang berpunca dari aspek konsep dan dimensi yang dihadapi oleh spektrum kumpulan sasar untuk mempraktikkan pendekatan integrasi STEM secara holistik. Seterusnya kajian ini mencadangkan kajian lanjutan untuk menguji hipotesis yang dihasilkan dan mencadangkan pelaksanaan dengan peserta kajian yang lebih ramai dengan kepelbagaian data.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectScience -- Study and teaching (Higher) -- Malaysia-
dc.subjectTechnology -- Study and teaching (Higher) -- Malaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleModel integrasi disiplin STEM (MIDi-STEM) dalam kalangan saintis di sebuah universiti awam Malaysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages476-
dc.identifier.callnoQ183.4.M34M847 2020 tesis-
dc.identifier.barcode004588(2020)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118273+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
23.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.