Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488007
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamisah Osman, Prof.
dc.contributor.authorEllyza Karim (P79273)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:35:43Z-
dc.date.available2023-10-11T09:35:43Z-
dc.date.issued2020-07-03
dc.identifier.otherukmvital:118053
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488007-
dc.descriptionMajoriti ujian Kemahiran Proses Sains (KPS) sedia ada berkonsepkan ujian aneka pilihan. Analisis yang digunakan adalah berdasarkan teori ujian klasik. Walaupun teori statistik ini telah digunakan dengan meluas, namun terdapat satu batasan iaitu berlaku pergantungan item terhadap sampel dalam analisis. Sehubungan dengan itu, instrumen berasaskan teori respons item wajar dibangunkan sejajar dengan perkembangan psikometrik dalam bidang pengukuran dan penilaian. Untuk mencapai tujuan ini, sebuah instrumen pentaksiran kendiri yang digelar Ujian Kemahiran Proses Sains (KePSa) dibina sebagai salah satu alat ukur yang sah secara empirik. Reka bentuk kajian tinjauan digunakan dengan kaedah kuantitatif sebagai cara menganalisis data. Data dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel, Statistik IBM SPSS versi 22 dan Winsteps versi 3.73. Terdapat 68 item dihasilkan dalam instrumen berskala Likert lima mata. Bagi kajian sebenar, instrumen ditadbir ke atas 514 orang murid lepasan UPSR tahun 2017 seluruh Malaysia yang dipilih secara rawak mudah. Pengesahan melibatkan tiga cara analisis statistik iaitu metode Fuzzy Delphi untuk mencapai konsensus bagi kesahan kandungan daripada 13 orang pakar bidang pendidikan sains; pemurnian item dan skala berdasarkan model pengukuran Rasch; dan korelasi untuk mencari kekuatan dan arah perhubungan bagi mengesahkan kesahan kriteria. Analisis model pengukuran Rasch dilaksanakan untuk mengukur kesahan item daripada aspek keserasian item, polariti item, kebebasan setempat, analisis unidimensi, aras kesukaran item berdasarkan peta Wright dan perbezaan kefungsian item (DIF) berdasarkan jantina dan lokasi. Dapatan membuktikan kebanyakan keputusan memenuhi kehendak ciri psikometrik kecuali satu item mengalami masalah DIF jantina. Kesahan serentak disiasat antara instrumen KePSa dengan instrumen lain yang telah stabil iaitu Inventori KPS manakala kesahan ramalan dikaji melalui keputusan peperiksaan percubaan sains Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Kedua-duanya menunjukkan tahap perhubungan yang kuat dan arah positif. Dalam aspek kebolehpercayaan, model pengukuran Rasch mencatatkan indeks pengasingan item-individu yang melepasi syarat dan indeks kebolehpercayaan item-individu yang sangat baik. Pembentukan profil dianalisis menggunakan kuartil dan persentil berdasarkan faktor jantina dan lokasi. Murid lelaki (M=3.76, SP=0.66) dan bandar (M=3.77, SP=0.62) mencatatkan min yang lebih tinggi daripada murid perempuan (M=3.68, SP=0.66) dan luar bandar (M=3.68, SP=0.71). Kesemua mereka tidak melepasi norma yang ditetapkan. Tahap kebolehan KPS majoriti murid secara keseluruhan ialah sederhana. Antara dapatan kajian yang penting harus difokuskan ialah kelemahan murid dalam reka bentuk prosedur eksperimen. Maka, cadangan untuk mengubah strategi melaksanakan eksperimen dapat diusulkan bagi menangani kelemahan ini pada masa hadapan. Selain itu, instrumen sebegini dapat meringankan beban guru dalam penilaian KPS murid dalam aspek kebolehan selain pengetahuan. Tambahan, kepelbagaian jenis alat ukur dapat dihasilkan terutama jenis penilaian kendiri yang mencabar kemahiran berfikir aras tinggi murid supaya telus dalam menilai diri sendiri. Akhir sekali, kajian ini dapat memastikan kebolehsuaian teori respons item dalam mengisi kelompongan yang dibuat oleh kajian KPS lain yang dianalisis berdasarkan teori pengujian klasik.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectScience -- Study and teaching (Elementary)
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePembinaan dan pengesahan instrumen kemahiran proses sains
dc.typeTheses
dc.format.pages315
dc.identifier.callnoLB1585.E445 2020 tesis
dc.identifier.barcode004567(2020)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118053+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
15.46 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.