Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488006
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKu Suhaila Ku Johari, Dr.
dc.contributor.authorLinda Jamaludin (P78471)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:35:42Z-
dc.date.available2023-10-11T09:35:42Z-
dc.date.issued2020-02-27
dc.identifier.otherukmvital:118050
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488006-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan pembinaan modul terapi bermain Adlerian, menilai kesan modul terapi bermain Adlerian dan meneroka pandangan kaunselor terhadap pelaksanaan modul terapi bermain Adlerian dalam meningkatkan lima dimensi kesejahteraan kendiri kanak-kanak mangsa pengabaian. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif dan kualitatif digabungkan dalam kajian eksperimen. Fasa analisis keperluan pembinaan modul telah dikumpulkan menerusi temu bual sepuluh orang kaunselor pengamal terapi bermain. Dapatan analisis bertema menunjukkan terdapat keperluan untuk membangunkan modul terapi bermain Adlerian. Subjek kajian terdiri daripada 66 orang telah diagih secara rawak kepada dua kumpulan iaitu 33 orang kanak-kanak dalam kumpulan kawalan dan 33 orang kanak-kanak dalam kumpulan rawatan. Lokasi kajian telah dijalankan di Rumah Kanak-Kanak (RKK) Pahang, RKK Kuala Lumpur dan RKK Perak. Modul terapi bermain Adlerian dikendalikan selama sembilan minggu untuk kumpulan rawatan manakala kumpulan kawalan tidak menerima intervensi modul terapi bermain Adlerian. Soal selidik Lima Faktor Kesejahteraan Kendiri versi kanak-kanak (5FWEL-E) telah digunakan untuk mengukur kesejahteraan kendiri kanak-kanak bagi ujian pra, pasca dan susulan. Ujian pra dijalankan dua minggu sebelum intervensi dijalankan, ujian pasca dijalankan selepas dua minggu dijalankan intervensi dan ujian susulan dijalankan selepas empat minggu ujian pasca dijalankan. Analisis ujian t sampel bebas, ujian t bersandar dan MANOVA pengukuran berulangan telah digunakan untuk menganalisis data bagi ujian pra, pasca dan susulan. Keputusan analisis ujian t sampel bebas, ujian t bersandar dan MANOVA pengukuran berulangan mendapati terdapat perbezaan yang signifikan skor kesejahteraan kendiri antara kumpulan kawalan dan rawatan bagi ujian pra dan pasca. Manakala ujian susulan menunjukkan wujud pengekalan intervensi kesejahteraan kendiri bagi kumpulan rawatan manakala bagi kumpulan kawalan menunjukkan penurunan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kesan modul terapi bermain Adlerian telah dapat meningkatkan lima dimensi kesejahteraan kendiri dari aspek kendiri asas, kendiri sosial, kendiri kreatif, kendiri fizikal dan kendiri daya tindak. Data temu bual turut diambil untuk mendapatkan pandangan kaunselor setelah menggunakan modul terapi bermain Adlerian. Analisis bertema menunjukkan bahawa terdapat sebelas sub tema iaitu modul terapi bermain adalah merupakan pendekatan kaunseling kanak-kanak, membina hubungan kaunselor dengan kanak-kanak, medium komunikasi, mendidik tentang nilai, membantu kanak-kanak meluahkan emosi, merupakan pendekatan berstruktur, meningkatkan kendiri asas, kendiri sosial, kendiri kreatif, kendiri kreatif dan kendiri daya tindak. Implikasi kajian ini secara langsung dapat memperkembangkan lagi ilmu berkaitan dengan kaunseling terhadap kanak-kanak.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectAdlerian psychology
dc.subjectCounseling
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKesan modul terapi bermain adlerian terhadap kesejahteraan kendiri kanak-kanak mangsa pengabaian
dc.typeTheses
dc.format.pages410
dc.identifier.callnoBF175.5.A33L536 2020
dc.identifier.barcode004564(2020)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118050+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.68 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.