Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488003
Title: Kepimpinan teragih pentadbir sekolah dan hubungannya dengan efikasi kolektif guru dan komuniti pembelajaran profesional
Authors: Mohd Fadzil Jamil (P66581)
Supervisor: Mohd Izham Hamzah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Educational leadership
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Jul-2019
Description: Kepimpinan Teragih menawarkan suatu pemikiran baharu dalam mentransformasikan kepimpinan di sekolah. Faktor Efikasi Kolektif Guru dan faktor Komuniti Pembelajaran Profesional dikenal pasti mempunyai pengaruh serta kesan yang kuat kepada peningkatan kualiti pengajaran guru. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perhubungan dan pengaruh antara kepimpinan teragih pentadbir sekolah (KT) dengan efikasi kolektif guru (EKG) dan komuniti pembelajaran profesional (KPP). Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan dengan soal selidik sebagai instrumen utama. Seramai 592 orang guru dari 60 buah sekolah menengah di Negeri Sembilan dipilih sebagai responden melalui kaedah pensampelan rawak kluster/kelompok. Proses analisis data berdasarkan Pemodelan Persamaan Berstruktur menggunakan perisian AMOS. Bagi hubungan korelasi antara KT dengan EKG dan KPP, kajian mendapati secara signifikan konstruksi Kepimpinan Teragih mempunyai perhubungan korelasi yang positif dan kuat dengan konstruk Efikasi Kolektif Guru. (r = 0.739, p<0.001) dan konstruk Komuniti Pembelajaran Profesional. (r = 0.844, p<0.001). Manakala bagi kesan atau pengaruh KT ke atas EKG, analisis regresi pemberatan bagi laluan KT->EKG, menunjukkan nilai β = 1.119. Analisis Squared Multiple Correlations dalam model regresi KT -> EKG, nilai varians estimate = 0.699 menerangkan variabel eksogenus Kepimpinan Teragih (KT) secara signifikan berupaya membuat ramalan sebanyak 69.9% varians dalam variabel endogenus Efikasi Kolektif Guru (EKG). Analisis regresi pemberatan, KT->KPP, menunjukkan nilai β = 1.182. Analisis Squared Multiple Correlations bagi laluan KT->KPP, nilai varian estimates = 0.835 menerangkan variabel eksogenus Kepimpinan Teragih (KT) dalam model regresi secara signifikan berupaya membuat ramalan sebanyak 83.5% varians perubahan dalam variabel endogenus Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP). Dapatan kajian juga secara signifikan menunjukkan bahawa faktor demografi jantina, tahun pengalaman mengajar guru, tahap pendidikan guru dan bidang mata pelajaran guru tidak mempunyai pengaruh yang signifikan dalam hubungan kesan serta pengaruh variabel Kepimpinan Teragih ke atas variabel Efikasi Kolektif Guru. Kajian juga secara signifikan menunjukkan bahawa hanya faktor demografi jantina guru dan tahap pendidikan guru sahaja yang mempunyai pengaruh yang signifikan dalam hubungan kesan serta pengaruh variabel Kepimpinan Teragih ke atas variabel Komuniti Pembelajaran Profesional. Implikasi kajian menunjukkan bahawa faktor Kepimpinan Teragih yang diamalkan oleh pentadbir sekolah merupakan faktor kritikal untuk mewujudkan keadaan Efikasi Kolektif Guru serta pembentukan Komuniti Pembelajaran Profesional pada tahap tinggi di sekolah. Kesimpulannya, dapatan kajian ini secara signifikan menunjukkan terdapat perhubungan yang positif serta pengaruh yang kuat oleh pengamalan Kepimpinan Teragih kepada faktor Efikasi Kolektif Guru serta faktor Komuniti Pembelajaran Profesional.,Ph.D.
Pages: 376
Call Number: LB2805.M834 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117889+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
12.12 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.