Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488001
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Effandi Zakaria, Prof Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Nooriza Kassim (P66584) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:35:37Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:35:37Z | - |
dc.date.issued | 2019-10-18 | |
dc.identifier.other | ukmvital:117882 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488001 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan membangunkan dan menguji keberkesanan Modul Pengajaran Pecahan dengan Penyebatian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (M-eFHOTS) untuk murid tahun empat bagi meningkatkan pengetahuan konseptual dan prosedural. Reka bentuk kajian ini ialah kajian pembangunan menggunakan Model Pembangunan Richey dan Klein yang mengandungi tiga fasa iaitu analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan, dan penilaian keberkesanan. Pengguna sasaran modul ini ialah guru matematik sekolah rendah. Pembinaan M-eFHOTS menitik beratkan penyebatian elemen KBAT melalui strategi dan aktiviti yang ditetapkan berdasarkan lima fasa dalam model Instruksi 5E, Teori Kognitif Piaget dan Teori Konstruktivisme Sosial Vygotsky bagi mengembangkan pengetahuan konseptual dan prosedural Pecahan. Peserta kajian adalah berbeza mengikut fasa. Fasa analisis keperluan menggunakan protokol temu bual separa berstruktur ke atas 10 orang guru matematik sekolah rendah yang dipilih secara bertujuan, manakala soal selidik analisis topik sukar ditadbirkan kepada 30 orang murid tahun empat di sebuah sekolah daerah Raub. Fasa reka bentuk dan pembangunan melibatkan 8 orang pakar dan 7 orang guru yang terlibat dalam semakan dan penilaian modul. Pada fasa ini juga, seramai 20 orang murid tahun empat dan seorang guru matematik terlibat dengan penilaian formatif modul dalam kumpulan kecil. Fasa penilaian pula melibatkan pengujian keberkesanan modul dengan menjalankan kuasieksperimen yang menggunakan reka bentuk ujian pra-pasca kumpulan tidak setara dan melibatkan 89 orang murid tahun empat daripada dua buah sekolah rendah di daerah Raub,Pahang. Dua orang guru dipilih secara bertujuan bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran modul dalam bilik darjah sebenar. Keberkesanan M-eFHOTS diukur menggunakan pengukuran pengetahuan konseptual dan prosedural Pecahan melalui Ujian Pengetahuan Konseptual dan Prosedural Pecahan. Selain itu, pengumpulan data kualitatif dilakukan melalui temu bual separa berstruktur ke atas 2 orang guru yang terlibat dalam kuasi eksperimen. Analisis data melibatkan pemerihalan deskriptif yang kemudiannya disusuli dengan analisis inferensi menguji keberkesanan yang melibatkan ujian-t bersandar dan ujian-t tidak bersandar menggunakan perisian IBM Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 21.0. Data kualitatif dalam kajian ini pula dianalisis secara tematik berdasarkan Miles dan Huberman. Dari aspek keberkesanan modul, didapati M-eFHOTS adalah berkesan dalam meningkatkan pencapaian dalam pengetahuan konseptual dan prosedural Pecahan. Analisis Ujian-t tidak bersandar menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan (t(83) = 8.317, p < 0.05) dengan nilai saiz kesan yang besar, di mana kumpulan rawatan mempunyai pengetahuan konseptual yang lebih tinggi. Terdapat juga perbezaan yang signifikan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam pengetahuan prosedural (t(83) = 3.653, p < 0.05) dengan nilai saiz kesan yang besar, di mana kumpulan rawatan mempunyai pengetahuan prosedural yang lebih tinggi. Hasil temu bual terhadap dua orang guru matematik selepas kuasi eksperimen mendapati bahawa modul boleh dilaksanakan dan sesuai untuk murid yang berbeza tahap kognitif,meningkatkan pengetahuan konseptual dan prosedural pecahan, meningkatkan fokus, minat dan sikap positif murid dan membantu guru dalam pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi. Dapatan keseluruhan kajian menunjukkan bahawa modul dapat membantu guru meningkatkan pengetahuan konseptual dan prosedural Pecahan murid dengan penyebatian kemahiran berfikir aras tinggi.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Thought and thinking | |
dc.subject | Cognitive learning | |
dc.subject | Educational tests and measurements | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pembangunan dan pengujian keberkesanan modul pengajaran pecahan dengan penyebatian kemahiran berfikir aras tinggi ke atas pengetahuan konseptual dan pengetahuan prosedural pecahan | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 480 | |
dc.identifier.callno | LB1590.3.N626 2019 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004542(2020) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117882+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 9.35 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.